SCL2018: KRU Port Klang FC Belasah CABJ FC 5-0

KRU Port Klang FC

KRU Port Klang FC menggunakan pengalaman yang dimiliki untuk mencatatkan kemenangan besar 5-0 pada perlawanan pertama saingan kumpulan B Selangor Champions League 2018 bertemu Club Atletico De Bukit Jelutong FC (CABJ) di Arena MPSJ.

Walaupun dibarisi pemain-pemain yang agak berusia, KRU Port Klang FC mempamerkan aksi yang begitu mengagumkan pada perlawanan yang berlangsung pada jam 9.45 malam itu.

Pemain berusia 35 tahun, Rosedy Muslim yang berjaya membaca dengan baik hantaran yang ingin dilakukan pertahanan CABJ, tidak mensia-siakan peluang bagi menjaringkan gol pertama pada minit ke-6.

Tidak cukup dengan jaringan tersebut, Rosedy terus cemerlang dengan gol kedua yang dicipta susulan gerakan solo yang dilakukannya sekali lagi menewaskan penjaga gol CABJ, Aimran Ambari.

Aksi kemas yang ditampilkan KRU Port Klang FC ternyata memberikan kesukaran buat CABJ bagi mengatur gerakan.

Rosedy terus menjadi duri dalam daging buat pasukan CABJ  dengan ledakan hatrik yang disempurnakan pada minit ke-23, juga menerusi satu gerakan solo.

Ketinggalan tiga jaringan telah mengejutkan CABJ dari lamunan untuk kembali menunjukkan perubahan dalam aksi mereka buat seketika.

Memasuki babak kedua, KRU Port Klang FC terus mengawal permainan dan sesekali melancarkan asakan yang berbahaya ke kubu CABJ.

Kesilapan penjaga gol CABJ yang merempuh Muhammad Huzaini dalam kotak penalti memaksa pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat KRU Port Klang.

Pemain gantian, Azhari Hamzah tidak berdepan masalah apabila dengan tenang menyudahkan sepakan tersebut untuk gol keempat perlawanan.

Masih belum berpuas hati dengan empat jaringan yang terhasil, KRU Port Klang FC menambah gol kelima menerusi larian solo oleh Mohd Suhaili Abdul Rahman pada minit ke-69.

Kemenangan besar diraih KRU Port Klang FC pada perlawanan minggu pertama ini jelas memberikan amaran awal buat pasukan lain yang bertanding terhadap keupayaan pasukan berpengalaman ini.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN