SCL2018: Klang Southern FC & MPKJ FC Berkongsi Mata Pada Perlawanan Pembukaan

Klang Southern FC

Aksi kedua pada perlawanan pertama Selangor Champions League 2018 (SCL2018) menyaksikan Klang Southern FC terikat 1-1 ketika bertemu MPKJ FC  di Arena MPSJ.

Klang Southern FC yang menyertai saingan SCL buat kali ketiga berturut-turut turun tanpa dua pemain sandaran utama mereka, Saiful Aula Ahmad dan Carlos Goonting.

Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan padang dan cuaca yang cukup baik menyaksikan jaringan bagi setiap pasukan terhasil menerusi situasi bola mati.

Klang Southern FC memiliki peluang terbaik pada minit ke-19 selepas hantaran lintang menarik dari sebelah kanan pintu gol  MPKJ FC dilakukan Kizito Ezeneche.

Bagaimanapun, Saifullah Abdullah yang tidak dikawal pemain pertahanan lawan sekadar menanduk lemah bola untuk mudah ditangkap penjaga gol MPKJ FC, Danial Asraf Rani.

How Eng Hua meraikan jaringan yang dihasilkannya menerusi sepakan percuma.

Pemain tengah Klang Southern FC, How Eng Hua mencuri tumpuan selepas berjaya membocori gawang MPKJ FC menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-26.

Jaringan tersebut kekal hingga wisel penamat babak pertama ditiupkan pengadil perlawanan.

Enam minit selepas perlawanan kembali bersambung, MPKJ FC dihadiahkan sepakan penalti setelah Aiman Ruslan dibentes oleh Shahrul Hafifi dalam kotak penalti.

Ketua pasukan, Fauzi Adnan hampir mencetus kegusaran buat Kajang MPKJ FC apabila sepakan yang diambil berjaya ditepis penjaga gol, Alif Daniel.

Fauzi bagaimanapun membalas kesilapan tersebut apabila dengan pantas menyempurnakan percubaan susulan untuk jaringan penyamaan.

Penjaga gol Klang Southern FC, Alif Daniel menghalang kemaraan Hazim Mohamad (hijau) yang berusaha memburu jaringan.

Klang Southern FC hampir kembali berada di hadapan pada minit ke-61 selepas Kizito yang mendapat hantaran dari rakan sepasukan, meledakkan rembatan padu ke arah pintu gol lawan.

Namun, ledakan pemain lincah itu dinafikan palang gol yang sekaligus perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN