SCL2018: Kajang AZS FC Kekalkan Rentak Kemenangan, Tundukkan Klang Valley United 2-0

Kajang AZS FC

Kajang AZS FC meraih kemenangan ketiga dalam saingan Selangor Champions League 2018 selepas berjaya menundukkan Klang Valley United (KVU) 3-0 di Arena MPSJ, Subang Jaya sebentar tadi.

Tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai aksi kedua-dua pasukan apabila kurang serangan menarik yang berjaya dicipta.

Klang Valley United yang lebih mengawal permainan di babak pertama seringkali dikecewakan kekentalan jentera pertahanan Kajang AZS FC yang dikemudi Shaifuddin Ismail dan Faiz Mohtar.

Di sebalik penguasaan tersebut, pemain import Kajang AZS, Mohamed Addurazzag Alkanouni berjaya menghasilkan jaringan pada minit ke-16 menerusi gerakan solo dalam kawasan penalti yang terus menewaskan Mitchell Gilbert di gawang KVU.

Addurazzag yang lebih mesra dengan panggilan ‘Mido’ kemudiannya menjadi ancaman berbahaya buat KVU dengan skil individu yang dimiliki beliau.

Memasuki babak kedua, giliran Kajang AZS FC pula memberikan tekanan buat barisan pertahanan KVU dengan gerakan-gerakan menarik yang dicipta Mido dan penyerang utama, Phillip Abbah Eugine.

Phillip Abbah yang menerima hantaran cantik dari rakan sepasukannya mensia-siakan peluang terbaik selepas beliau yang hanya berhadapan Gilbert melakukan percubaan tersasar di kanan pintu gol KVU.

Ketika aksi kemudiannya sekadar berlegar-legar di tengah padang tanpa sebarang serangan berbahaya yang dicipta kedua-dua pasukan, Addurazzag Alkanouni menambah jaringan kedua pada masa kecederaan untuk mengesahkan kemenangan 2-0 buat Kajang AZS FC sekaligus meletakkan mereka di tangga ketiga kumpulan B buat seketika.

Pemain terbaik perlawanan: Mohamed Addurazzag Alkanouni (Kajang AZS FC)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN