SCL2018: Fauzi Adnan Muncul Wira MPKJ The Lions Catat Kemenangan Sulung

MPKJ

Dua jaringan dihasilkan Mohd Fauzi Adnan menghadiahkan kemenangan sulung buat MPKJ The Lions bagi menewaskan Gombak FC 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Aksi pada separuh masa pertama menyaksikan corak permainan seimbang tanpa serangan yang begitu berbahaya dapat dicipta kedua-dua pasukan.

Serangan yang cuba dilancarkan dengan mudah berjaya dipatahkan pertahanan masing-masing bagi menghalang asakan lawan sehinggalah pada lewat babak pertama apabila MPKJ The Lions dihadiahkan sepakan penalti.

Sepakan tersebut diberikan selepas pemain pertahanan Gombak FC didakwa mengasari Mohd Aiman Ruslan dalam kotak penalti.

Ketua pasukan, Fauzi Adnan tidak mensia-sia peluang tersebut untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-32.

Muhammad Nur Hakim Abd Latif hampir menyamakan kedudukan apabila sepakan percuma cantik yang diledakkan berselang enam minit selepas perlawanan kembali bersambung berjaya dinafikan penjaga gol MPKJ The Lions, Danial Asraf Rani.

Gombak FC yang dibarisi pemain-pemain muda tidak berputus asa mengancam kubu MPKJ The Lions dan serangan bertali arus yang dicipta akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-59 menerusi Nur Hakim.

Pemain sayap kiri itu mendapat lorongan kemas dari rakan sepasukan dan terus meluru ke hadapan untuk menjaringkan gol penyamaan perlawanan.

Ketika perlawanan disangkakan bakal berakhir dengan terikat 1-1, Fauzi Adnan muncul wira buat MPKJ The Lions setelah sepakan percuma yang diledakkan terus menerjah gawang Gombak FC ketika perlawanan hanya berbaki dua minit sahaja lagi.

Pemain terbaik perlawanan: Mohd Fauzi Adnan (MPKJ The Lions)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN