SCL2018: Dua Ledakan ‘Peluru’ Syazmin Firdaus Serikan Kemenangan 4-0 Duta ZXIV

Duta ZXIV

Duta ZXIV menutup aksi kumpulan B dengan kemenangan selepas menundukkan Club Atletico De Bukit Jelutong (CABJ) 4-0 di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Tidak menunggu lama untuk membuka jaringan selepas pemain tengah kreatif Duta ZXIV, Mohd Syazmin Firdaus Mohd Aminuddin meledakkan rembatan padu hasil sepakan percuma yang terus membolosi gawang CABJ pada minit ke-3.

Mempamerkan aksi menarik dengan gerakan kemas yang dicipta, Duta ZXIV terus menekan kubu CABJ melalui tandukan Rinmon Ngo di hadapan pintu gol lawan, namun penjaga gol, Aimran Ambari cemerlang menafikan percubaan tersebut.

Syazmin yang bukan sahaja mempunyai kualiti permainan yang mengagumkan sekali lagi meledakkan jaringan, juga menerusi sepakan percuma dari jarak yang lebih jauh pada minit ke-26 untuk menjadikan kedudukan 2-0 hingga tamat babak pertama.

Ketika separuh masa kedua baru berusia tiga minit, giliran Khairul Anuar Abdul Rahim pula meletakkan nama selaku penjaring selepas beliau menyudahkan peluang hasil lorongan daripada Ahmad Azhan Ahmad Sofian.

CABJ cuba untuk memberikan asakan buat Duta ZXIV dan menerima peluang terbaik pada minit ke-45.

Sepakan percuma di hadapan pintu gol yang diambil Azrul Raimi itu bagaimanapun berjaya ditepis keluar oleh Izzat Abd Rahim.

Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin yang beraksi pertama kali buat Duta ZXIV menambah jaringan keempat pada minit ke-49 selepas pemain skuad futsal kebangsaan itu berjaya merampas bola yang dikawal pertahanan CABJ lalu melepaskan sepakan tonjol bagi menggandakan kedudukan.

Kedudukan 4-0 kekal hingga tamat permainan untuk Duta ZXIV menamatkan saingan kumpulan B di tempat ketiga dengan mengumpul 13 mata. CABJ kini di tangga keenam dengan lima mata.

Pemain terbaik perlawanan: Mohd Syazmin Firdaus Mohd Aminuddin (Duta ZXIV)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN