SCL2018: AXIS-O2 PJ FC Tumbang 1-2 Berdepan Pendatang Baharu; ABMK

ABMK

Juara bertahan, AXIS-O2 PJ FC menerima kejutan pada perlawanan pembukaan Selangor Champions League 2018 (SCL2018) selepas tewas 1-2 ditangan Akademi Bolasepak Merah Kuning (ABMK) di Arena MPSJ petang tadi.

Separuh masa pertama

Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai aksi di babak pertama selain daripada jaringan pembukaan yang dihasilkan penyerang import AXIS-O2 PJ FC, Desmond Amadi.

Kedua-dua pasukan kelihatan masih tercari-cari rentak terbaik mereka apabila serangan-serangan yang cuba dilancarkan gagal mengancam kubu lawan masing-masing.

Pemain pertahanan AXIS-O2 PJ FC, Lucky Ogu cuba melepasi kawalan pemain ABKM.

Desmond Amadi menggembirakan penyokong AXIS-O2 PJ FC pada minit ke-30 selepas tandukannya hasil sepakan sudut dilakukan Lucky Ogu berjaya membuka tirai jaringan.

ABMK cuba untuk menyamakan kedudukan selepas dianugerahkan sepakan percuma pada lewat aksi babak pertama.

Bagaimanapun sepakan percuma cantik yang diambil Zul Hilmi Zaki ditanduk keluar pertahanan AXIS-O2 PJ FC.

Separuh masa kedua

Bagaikan mendapat tonik berguna di bilik persalinan pada waktu rehat, ABMK bangkit bagi memperkemaskan aksi dalam memburu jaringan penyamaan.

Lima minit selepas aksi kembali bersambung, pertahanan ABMK, P.Surain hampir menyamakan kedudukan selepas sepakan percuma yang diambil ditepis keluar penjaga gol AXIS-O2, Hafiz Danial.

Kesilapan Shahizan Ismail yang melakukan kekasaran terhadap Nuriskandar Hamid dalam kotak penalti memaksa pengadil memberikan sepakan penalti buat ABMK pada minit ke-44.

Para pemain ABMK meraikan jaringan kedua yang dihasilkan Zul Hilmi

Ketua pasukan, Fazli Baharudin  yang ditugaskan mengambil sepakan tidak mensia-siakan peluang bagi kembali menyamakan kedudukan.

Zul Hilmi meletakkan ABMK di hadapan pada minit ke-51 selepas ledakan sepakan percuma yang dilakukannya membolosi kawalan Hafiz Danial yang pada mulanya berjaya menepis percubaan tersebut.

Bagaimanapun usaha Hafiz itu masih gagal untuk menghalang jaringan kedua tersebut.

Desmond yang memiliki peluang terbaik bagi menambah koleksi jaringannya, kecewa apabila tandukannya dihalang Badrulzaman Halim di gawang ABMK.

Ketika perlawanan hampir ke penghujung, ABMK terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas Saiful Azlizan dilayangkan kad merah selepas dikesan menyiku pemain AXIS-O2 di tengah padang.

Dua jaringan ABMK pada babak kedua itu memastikan kemenangan bermakna pada penampilan sulung mereka dalam saingan SCL2018, apatah lagi dapat menumbangkan juara bertahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN