SCL2018: Axis-O2 PJ FC Terus Cemerlang, Tundukkan Paya Jaras Hiliran 3-0

Axis-O2

Axis-O2 PJ FC berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-0 pada perlawanan bertemu Paya Jaras Hiliran (PJH FC), sebentar tadi di Arena MPSJ.

Axis-O2 PJ FC yang merupakan juara edisi musim lalu bermula garang apabila tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 menerusi Ahmad Shafeez Ibrahim.

Shafeez yang mendapat lorongan menarik dari Desmond Amadi Apaoma, meluru pantas ke pintu gol PJH FC yang sekaligus melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol, Mohd Faiz Ridwan.

Seperti berpuas hati dengan kelebihan satu jaringan tersebut, para pemain Axis-O2 memperlahankan aksi bagi membuka ruang buat PJH FC melancarkan gerakan.

Namun, ia tidak memberikan masalah buat Axis-O2 untuk menambah jaringan berikutan kesilapan Faiz Ridwan melakukan sepakan lemah yang terus ke kaki pertahanan Axis-O2, Irfan Zamir.

Irfan kemudiannya melorongkan bola kepada Harrith El Muhaimin dan disempurnakan dengan tenang oleh pemain sayap berusia 19 tahun itu untuk gol kedua perlawanan.

Axis-O2 terus bernafsu untuk mencipta jaringan apabila tandukan pemain pertahanan, Mohammad Shahizan Ahmad Ismail terkena palang gol hasil hantaran dari sepakan penjuru yang diambil Mohammad Umarul Hakimi Mohd Nasarudin pada minit ke-22.

Permainan bersambung turut menyaksikan penguasaan oleh Axis-O2 dengan Desmond Amadi sekali lagi memainkan peranan yang cukup baik dalam merangka serangan.

Desmond tidak ketinggalan untuk meletakkan nama selaku penjaring pada minit ke-61 selepas kegagalan Faiz yang menangkap kemas percubaan dari sebelah kanan pintu gol PJH FC dan terus disambar pemain kelahiran Nigeria itu untuk gol ketiga.

Kemenangan yang diraih Axis-O2 pada perlawanan merupakan kemenangan kedua berturut-turut buat mereka selepas permulaan dua aksi yang sedikit hambar sebelum ini untuk menghuni tangga kedua kumpulan A.

Pemain terbaik perlawanan: Desmond Amadi Apaoma (Axis-O2 PJ FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN