SCL 2019: Bangi Jang’s Trooper Ikat Juara Bertahan

Bangi Jang's Trooper

Bangi Jang’s Trooper tidak memberikan laluan mudah buat bertahan, Puchong Fuerza Gamestop FC pada aksi sulung kumpulan A Selangor Champions League (SCL) 2019 selepas terikat 2-2 pada perlawanan yang berlangsung di Arena MPSJ, Subang Jaya, sebentar tadi.

Berdepan lawan yang menampilkan barisan pemain berpengalaman dalam kancah bola sepak komuniti jelas tidak menggentarkan para pemain Bangi Jang’s Trooper bagi memberikan saingan.

Ia dibuktikan apabila Hasrul Nurkholis berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-14 hasil rembatan dalam kawasan penalti susulan satu serangan balas pantas yang dilancarkan.

Tersentak dengan jaringan pendahuluan tersebut, Puchong Fuerza Gamestop memperkemaskan aksi apabila menjelmakan beberapa gerakan berbahaya ke kubu Bangi Jang’s Troopers.

Kelebihan Bangi Jang’s Trooper itu hampir dipadamkan seminit kemudian tetapi percubaan jarak dekat dilakukan Mohammad Hakim Zainal sekadar terkena tiang gol.

Jaringan penyamaan yang diharapkan wakil dari Puchong itu hadir pada minit ke-24 selepas Muhammad Adli Zulgafli menanduk masuk bola hantaran daripada sepakan sudut diambil Muhd Hazrin Jamil.

Hasrul Nurkholis kemudiannya terus cemerlang pada masa kecederaan babak pertama setelah rembatan sepakan percuma padu diledakkann sekali lagi menewaskan penjaga gol berpengalaman Puchong Fuerza Gamestop FC, Mohamed Redzuan Harun bagi menjadikan kedudukan 2-1.

Tidak mahu kecewa pada aksi pembukaan, Puchong Fuerza menggandakan asakan sebaik sahaja babak kedua bermula.

Dua peluang terbaik pada minit ke-55 dimiliki skuad bimbingan Nazrulerwan Makmor itu dinafikan penjaga gol Bangi Jang’s Trooper, Muhammad Zailani Ikmar yang cemerlang menafikan percubaan daripada Hakim Zainal dan Adli Zulgafli.

Hakim bagaimanapun berjaya menebus kehampaan tersebut selepas tandukannya susulan hantaran lintang cantik daripada Mohd Dzaiddin Zainudin pada minit ke-61 gagal dihalang Zailani Ikmar.

Kedudukan 2-2 itu terikat hingga tamat permainan untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.

Pemain terbaik perlawanan: Hasrul Nurkholis (Bangi Jang’s Trooper)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN