Schweinsteiger Troll Peminat Manchester United Selepas Jaringan Pertama Di Old Trafford

Bastian Schweinsteiger memberikan respon lucu kepada peminat yang mengucapkan tahniah kepada jaringan beliau.

Ianya selepas beliau menjaringkan gol pertamanya Old Trafford menentang Wigan Athletic. Jaringan itu juga yang kedua musim ini selepas jaringan ke atas Leicester City di Kingpower Stadium.

Pemain tengah Manchester United memulakan perlawanan pertama kali selepas lebih setahun pada pusingan ke-4 Piala FA. Manchester United menang mudah dalam perlawanan itu dengan kedudukan 4-0.

Seorang peminat United telah terserempak dengan Bastian Schweisnteiger yang sedang berjalan-jalan dengan isterinya Ana Ivanovic.

Peminat tersebut mengucapkan tahniah kepada Bastian Schweinsteiger di atas jaringan pertama beliau di Old Trafford. Dengan berseloroh Schweinsteiger menjawab:

“Tidak, itu adalah gol kedua saya di Old Trafford. Gol pertama saya di Old Trafford adalah untuk pasukan Bayern Munich.”

Pada 2014, Bastian Schweinsteiger menjaringkan gol penyamaan untuk Bayern Munich pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester United.

Beliau turut dibuang padang dalam perlawanan tersebut dan tidak bermain menentang United di Allianz Arena ketika Bayern menang 3-1 meskipun Patrice Evra memberikan United gol pedahuluan.

Jose Mourinho menambah kegembiraan kepada Schweinsteiger apabila mengesahkan bahawa Bastian Schweinsteiger akan turut didaftarkan di dalam pasukan Europa mereka.

Jose Mourinho berkata: “Ya, dia (Bastian Schweinsteiger) akan kekal dan dia akan berada di dalam senarai senarai Liga Europa,” kata Mourinho.

Baca juga: Eksport KRC Genk Sejak 2011 Yang Membuatkan Anda Kagum!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN