Schweinsteiger Menjawab, Adakah Guardiola Memaksa Beliau Berhijrah Ke United?

Bastian Schweinsteiger adalah lagenda dalam Bayern Munich dan juga Jerman. Kini berliau beraksi bersama Chicago Fire di Amerika Syarikat.

Schweinsteiger memuji pengurus Chicago Fire Veljko Paunović yang gemar memberikan arahan taktikal kepada pemain-pemain beliau. Bastian Schweinsteiger berkata:

“Kelab ini membuatkan saya kagum. Ini kerana jurulatih kami mengingatkan saya kepada Guardiola. Dia seorang yang obses dengan taktikal.”

Schweinsteiger menceritakan detik sukar beliau ketika di Manchester United.

“Saya seringkali berlatih seorang diri, setiap hari di padang yang bersebelahan dengan pemain profesional yang lain.”

“Saya perlu berusaha kerana saya mahu kekal cergas. Saya mahu kembali ke dalam pasukan utama (United).”

Schweinsteiger juga berkongsi pengalaman beliau di Bayern Munich. Beliau berkata:

“Di Bayern, para pemain dan kelab seperti rakan kongsi. Masing-masing bebas untuk membangunkan diri sendiri dengan cara yang mereka suka.”

“Kami akan sentiasa menghargai pembangunan positif rakan-rakan yang lain.”

Ditanya tentang rumors yang menyatakan, adakah benar Pep Guardiola yang menjual beliau ke Manchester tanpa kerelaan pemain tersebut. Bastian menjawab:

“Anda yakin yang Guardiola seorang yang gila kuasa dan bertindak begitu?”

Ditanya, siapakah pengurus yang paling beliau gemari?

Bastian menjawab ramai, namun beliau sentiasa meletakkan Jupp Heynckes di atas.

“Saya tidak tahu nak menggambarkan beliau macamana. Dan tidak lupa, beliau membantu kelab menjuarai UCL pada 2013.”

Sumber

Sports Bild – Schweinsteiger: Looking back on Bayern, Pep and Heynckes http://sportbild.bild.de/fussball/international/fussball-international/bastian-schweinsteiger-ueber-bayern-pep-guardiola-heynckes-52166822.sport.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN