Schweinsteiger Terkedu Ditanya Sama Ada Boleh Membantu Chicago Fire Menang Piala Dunia

Semalam, lagenda Jerman dan Bayern Munich, Bastian Schweinsteiger diperkenalkan kepada umum oleh Chicago Fire.

Majlis tersebut sangat meriah seperti mana majlis-majlis sebelum ini melibatkan bekas-bekas bintang ternama Eropah yang datang ke Amerika Syarikat.

Banyak juga soalan yang diajukan oleh wartawan kepada Bastian Schweinsteiger.

Beliau juga sempat meluahkan agak sedih kerana tidak mengucapkan selamat tinggal kepada semua orang di Manchester United dengan cara lebih baik.

Beliau hanya menggunakan akaun sosial beliau dalam video pendek. Schweinsteiger berkata:

“Ia bukan keputusan yang mudah. Saya membuat keputusan di saat-saat akhir, sebab itu saya tidak mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan (Manchester United) dalam cara yang lebih baik.”

“Mereka ada perlawanan pada Ahad (vs. Middlesbrough), jadi saya membuat keputusan untuk tidak mahu mengganggu mereka dalam rangka persiapan untuk perlawanan tersebut.”

“Saya tidak mahu mereka fokus kepada saya. Saya gembira mereka menang perlawanan tersebut dan saya sangat berharap untuk meraikannya di sana bersama mereka.”

Namun seorang wartawan telah mengajukan soalan pelik berbunyi:

“Saya ingin tahu, dengan adanya anda di sini, adakah adil untuk saya menyatakan ini adalah langkah anda untuk mensasarkan (goal) supaya dapat membantu Chicago Fire menang Piala Dunia ?”

Schweinsteiger agak keliru dan bertanya kepada pengurus, Veljko Paunovic yang berada di sebelah beliau. Adakah beliau salah dengar?

Cepat-cepat wartawan tadi ‘cover line‘ dengan berkata:

“Saya maksudkan, adakah anda akan menjaringkan gol seperti di Piala Dunia hari itu di sini?”

Bastian menjawab beliau mahu melakukan yang lebih baik daripada itu.

Nasib baik perkataan goal tu juga merujuk kepada ‘jaringan’ selain daripada ‘sasaran’.

Tapi mujurlah dia tidak cover line dengan bertanya, adakah anda bermain untuk Chicago Fire untuk mendapatkan tempat anda dalam pasukan Jerman di Piala Dunia kelak.

Bastian Schweinsteiger sebelum itu sudah menjalani latihan bersama pasukan utama. Beliau nampak gembira. Cuma petang tu ditanya pula soalan nak menang Piala Dunia dengan Chicago Fire.

Baca juga: PFAM Sokong Tindakan FMLLP Mahu Potong Mata Kepada Pasukan Tak Bayar Gaji

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN