Scholes: “Pochettino Calon Terbaik, Beliau Perlukan Man. United Untuk Julang EPL”

Mauricio Pochettino

Mauricio Pochettino kini menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus sepenuh masa di Old Trafford. Paul Scholes sangat bersetuju dengan nama pengurus Spurs itu.

Menurut Scholes, Man. United perlu melakukan apa sahaja untuk membawa Pochettino ke Old Trafford selepas kontrak sementara Ole Gunnar Solskjaer berakhir pada akhir musim ini. Solskjaer dalam misi menyelamatkan ‘kapal’ Man. United.

CARDIFF, WALES – DECEMBER 22: Ole Gunnar Solskjaer, Interim Manager of Manchester United acknowledges the United fans before the Premier League match between Cardiff City and Manchester United at Cardiff City Stadium on December 22, 2018 in Cardiff, United Kingdom. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Scholes berkata kepada BBC Radio: “Pochettino seharusnya diberikan keutamaan berbanding calon lain. Beliau adalah orang yang paling tepat. Dan jika beliau mahukan jawatan ini, saya percaya ianya adalah ‘milik’ beliau.”

“Beliau membawa diri dengan bijak di hadapan media dan juga dengan pasukannya. Beliau gemar mempromosi pemain muda, dan lebih penting, beliau menang banyak perlawanan.”

Scholes percaya, Pochettino juga memerlukan Man. United untuk melaksanakan impiannya sebagai pengurus bagi memenangi trofi. Ini kerana Man. United adalah kelab yang lebih besar daripada Spurs dalam usaha membantu Pochettino mendapatkan pemain terbaik.

“Saya tahu beliau melakukan tugas dengan baik di Tottenham. Namun, mampukah beliau menang liga dengan Tottenham? Saya tak yakin beliau mampu.”

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 13: Ex Manchester United player Paul Scholes working for BT Sport prior to The Emirates FA Cup Sixth Round match between Manchester United and West Ham United at Old Trafford on March 13, 2016 in Manchester, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Dengan United, beliau akan memiliki kuasa beli, dengan wang yang ada beliau boleh memenangi liga. Jika beliau mahukan jawatan ini – maka beliaulah orangnya.”

Scholes pada masa yang sama berharap Man. United memberikan sokongan dari segi kewangan kepada Pochettino jika mereka melantik pengurus tersebut. Ini bagi mengembalikan kegemilangan United selepas ditinggalkan Sir Alex Ferguson.

“Jika Pochettini masuk, beliau pastinya mahukan pemain yang bermain bola sepak gaya beliau dengan penuh keyakinan. Dan beliau perlukan beberapa pemain bek tengah yang boleh membina serangan dari bawah.”

“Beliau juga perlukan pemain tengah serta penyerang utama. Mungkin 3 hingga 4 pemain baru diperlukan. Pochettino akan membawa pengalaman beliau di Spurs dan mampu memberikan perbezaan kepada pasukan ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN