Scholes Masih Tak Puas Hati, Mahu United ‘Langgar’ Liverpool Ahad Ini

Paul Scholes

Bekas pemain Manchester United, Paul Scholes meluahkan rasa tidak puas hati melihat mantan pasukannya itu meraikan kemenangan ke atas Atalanta semalam.

Dalam aksi yang dilangsungkan di Old Trafford, United bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menang 3-2 hasil jaringan Marcus Rashford, Harry Maguire dan Cristiano Ronaldo.

UCL: Lonjakan Ronaldo Pacu Kebangkitan Luar Biasa Man United Atasi Atalanta

Senang-senang je kena belasah

Bercakap kepada  BT Sport sebagai penganalisis, Scholes mengatakan persembahan United terlalu teruk terutamanya ketika di separuh masa pertama.

Ketinggalan dua gol membuktikan persembahan bekas pasukannya itu terlalu teruk di 45 minit pertama.

“Persembahan di separuh masa pertama merisaukan saya. Permainan mereka bersepah dan tidak berhubung sesama sendiri.”

Tambah Scholes, jika United bermain dengan cara sebegitu menentang pasukan seperti Manchester City dan Liverpool – The Red Devils pasti akan dibelasah.

“Ada dua pemain tengah yang bermain sendiri sahaja di atas padang.”

“Jika anda bermain sedemikian menentang Manchester City atau Liverpool, pastinya anda akan bolos tiga, empat gol di separuh masa pertama. Anda tak akan mampu kembali semula dalam perlawanan.”

Masa untuk ‘langgar’ Liverpool

Menyaksikan kemenangan ke atas Atalanta, Scholes masih lagi belum puas menyaksikan kemenangan United.

Beliau mahukan United ‘langgar’ Liverpool dalam usaha mereka untuk terus memperbaik prestasi semasa.

“Apa yang ditunjukkan oleh mereka cukup baik, semangat juang yang tinggi tetapi masih lagi tidak menggunakan peluang yang ada.”

“Semua orang gembira lepas menang, tapi boleh ke buat yang sama masa lawan Liverpool? Buatlah perkara yang sama ketika lawan mereka.”

Scholes masih lagi berasakan yang United masih lagi goyah dan Jurgen Klopp pasti menganggap ini masa terbaik untuk menentang mereka.

“Jurgen Klopp di rumah mesti berasa gembira bila tengok cara United main.”

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply