Morgan Schneiderlin: “Saya Diperlakukan Seperti Robot Oleh Van Gaal”

Morgan Schneiderlin mengakui dia diperlakukan seperti robot oleh Van Gaal. Pemain tersebut menyatakan ia adalah kenyataan jujur dan bukan direka-reka.

Morgan Schneiderlin ditandatangani dengan harga £24m dari Southampton pada musim panas tahun 2015. Schneiderlin dibawa masuk oleh Louis Van Gaal dan langkag itu disambut baik oleh peminat United.

Mana tidaknya, sebelum itu Schneiderlin adalah pemain tengah pertahanan terbaik dalam liga. Manchester United pula tidak ada pemain tengah pertahanan kental sejak sekian lama.

Namun karier beliau di United gagal. Gandingan yang dinamakan Schmidfied (Schweinsteiger-Schneiderlin) langsung tidak memberikan impak di Old Trafford.

Morgan Schneiderlin akhirnya meninggalkan Old Trafford. Beliau meminta untuk dilepaskan oleh Jose Mourinho kerana mendapat tahun Ronald Koeman mahukan beliau.

Morgan Schneiderlin hanya membuat 32 penampilan. Namun daripada 32 penampilan itu, kebannyakkannya aksi yang dianggap terbaik oleh penyokong United.

Morgan Schneiderlin telah kembali kepada prestasi terbaik di Goodison Park. Beliau memberitahun L’Equipe, beliau gagal menunjukkan potensi di Old Trafford kerana pengurusan Van Gaal.

Morgan Schneiderlin berkata:

“Tahun pertama dengan Louis Van Gaal ibarat ada kayu yang tersekat dalam tekak.”

“Saya hilang keseronokan di atas padang. Dia hanya memberikan saya sedikit kebebasan dalam padang, walaupun saya cukup banyak pengalaman dalam Liga Perdana Inggeris.”

“Dengan dia, saya rasa seperti robot. Mereka (Van Gaal dan staf kejurulatihan) berkata kepada saya, ‘Awak tidak perlu memenangi bola di tengah, awak tidak perlu melakukan ini atau itu’.”

“Arahan seperti itu membuatkan saya resah sedikit.”

“Ia adalah sukar apabila pemain mulai tertanya-tanya. Apakah sebenarnya peranan saya di dalam padang?”

“Ianya membuatkan aksi saya semakin kurang berkesan. Lebih bermasalah apabila anda bermain di Manchester United, dalam konteks di mana semua perlawanan diteliti oleh media.”

“Tempat di mana seseorang pemain boleh dengan cepat dikritik dari pelbagai sudut.”

Baca juga: FAM Akan Lantik Jurulatih Luar Untuk Beri Didikan Kepada Jurulatih Tempatan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN