Pengurusan Schalke 04 Yang Menghancurkan Kerja Hebat Akademi & ‘Scouting’!

Schalke 04 antara kelab yang melahirkan ramai bintang di dalam bola sepak Eropah. Namun kenapa mereka masih gagal menjadi sama ada pasukan pesaing yang kuat ataupun mendapat ratusan juta daripada penjualan pemain.

Dalam beberapa musim kebelakangan ini, mereka melepaskan beberapa pemai dengan harga yang rendah. Choupo Moting, Neustadter, Huntelaar, Matip dan Kolasinac pula dilepaskan secara percuma.

Matip dan Kolasinac dilepaskan percuma setalah diundi dalam kesebelasan terbaik tahunan Bundesliga.

Bagi kelab lain, kesemua pemain tersebut mungkin mereka boleh menjana sekitar £80 juta mungkin lebih, dalam suasana perpindahan pemain yang ada pada hari ini.

Mereka pernah menjadi kuasa bola sepak Jerman pada satu ketika dahulu. Kali terakhir mereka menang Bundesliga adalah pada 1958.

Ini adalah penantian yang sangat lama untuk meraikan kejuaraan Bundesliga ke-8 mereka.

Namun selepas era millenium mereka menunjukkan peningkatan sekali lagi. Mereka antara pesaing utama kepada Bayern Munich dari 2000-2010. Menjadi naib juara Bundesliga 4 kali dalam tempoh tersebut.

Ini pasukan mereka pada musim 2006/07.

Namun selepas itu mereka tenggelam dan gagal mewujudkan pasukan yang kuat dalam bola sepak Jerman meskipun ada bakat elit dalam kelab mereka.

Mala mereka bergelut untuk bermain dalam kejohanan Eropah dalam beberapa musim kebelakangan ini. Kini dengan peningkatan pasukan seperti Leipzig dan Dortmund, Schalke dilihat sebagai pesaing terakhir untuk ke slot Eropah.

Dilema dalam pengurusan

Dalam dunia bola sepak hari ini, ada 2 jenis kelab. Iaitu, pembeli dan penjual. Mereka perlu serius di dalam urusan menjual jika tidak mampu membeli.

Tetapi, banyak kali mereka gagal menguruskan kontrak pemain dengan sebaiknya. Kontrak tidak diberikan pada jangka masa yang sebaik mungkin berdasarkan bakat pemain. Menjual pemain berbakat dengan harga di bawah harga terbaik.

Gagal memasukkan klausa perlepasan. Dan paling teruk, melepaskan pemain yang baik dengan percuma. Pada hari ini, banyak pasukan sanggup membelanjakan lebih 40 juta untuk seorang pemain yang baru meningkat naik.

Misalnya PSG, Manchester City, Manchester United, Real Madrid dan Barcelona. Mereka berterusan menghasilkan bakat luar biasa seperti Neuer, Ozil, Leroy Sane, Julian Draxler, Ivan Rakitic, Matip, Kolasinac dan ramai lagi.

Mereka tidak ada pelan yang jelas sama ada untuk membentuk pasukan juara ataupun menjadi kelab penjual dan menggunakan wang tersebut untuk membina pasukan baru dengan pemain-pemain baru yang berbakat.

Draxler dijual ke Wolfsburg dalam keadaan panik!

Lihat sahaja kepada apa yang dilakukan Monaco di Ligue 1. Mereka menjual beberapa pemain mereka sebelum itu dan mewujudkan pasukan yang hebat dan menjuarai Ligue 1 musim lalu.

Mereka sudah menetapkan keputusan sama ada untuk menjual pemain mereka atau tidak. Mereka tahu mereka bukan Real Madrid untuk mengekalkan pemain lebih lama di dalam kelab mereka.

Monaco melakukan rundingan awal dengan pemain mereka. Jika pemain menolak kontrak, mereka tidak akan biarkan pemain itu keluar secara percuma.

Jika pemain tersebut ada potensi pembeli. Mereka berunding untuk meminta pemain tersebut melanjutkan kontrak dan berjanji untuk melepaskan mereka pada harga ataupun klausa perlepasan jika ada tawaran daripada kelab yang dimahukan pemain tersebut.

Kitaran modal untuk pasukan seperti Monaco ataupun Dortmund berpusing dengan baik. Namun Schalke pula bila hilang pemain, mereka tidak mendapat pulangan wang.

Dan kemudian gagal menggantikan pemain tersebut dengan pemain yang baik dengan harga pemain yang semakin mahal di pasaran perpindahan.

Apa seterusnya?

Pasukan yang digelar Royal Blue ini berhadapan dengan masalah hilang kepercayaan daripada penaja ataupun potensi penaja baru yang tidak nampak ada keuntungan untuk mereka menaja pasukan yang lemah di dalam pengurusan pasukan.

Daripada pesaing kejuaraan, mereka bergelut untuk menjadi 5 teratas dan kini mereka bergelut untuk menjadi 10 teratas.

Seperti biasa, mereka tetap melahirkan bakat yang elit dalam bola sepak Jerman dan Eropah. Kini mereka ada pemain seperti Max Meyer and Leon Goretzka.

2 pemain ini dilaporkan masih belum mendatangani kontrak lanjutan mereka. Adakah 2 pemain ini juga akan dilepaskan secara percuma?

Liverpool, Arsenal dan Bayern Munich antara kelab yang mahukan salah seorang daripada Goretzka ataupun Max Meyer. Adakah mereka mampu meyakinkan pemain ini untuk kekal?

Ataupun gunakan mekanisme minta pemain tandatangan kontrak baru dan menunggu pembeli dengan harga tinggi? Ataupun skrip yang sama iaitu, mereka melepaskan 2 pemain ini secara percuma.

Seterusnya beberapa nama lain juga berada dalam radar pasukan besar yang lain seperti Breel Embolo, Nabil Bentaleb, Amine Harit, Weston McKennie dan Alexandre Nubel.

Schalke mungkin mengharapkan mereka dapat pelabur besar untuk meyakinkan pemain-pemain muda berbakat mereka untuk kekal seperti mana yang berlaku di AC Milan.

Ia mungkin agak sukar berlaku, tetapi mereka mungkin boleh menjual pemain seperti Goretzka dan juga Max Meyer pada harga tinggi dan memperbaiki kontrak pemain lain. Kemudian membawa masuk beberapa pemain baru.

Di sini kita boleh belajar sesuatu. Akademi dan scouting bakat muda mereka berterusan melakukan kerja yang hebat. Tetapi di peringkat pengurusan tertinggi mereka gagal.

Ia seperti, mereka membiarkan masalah ini terus membarah dan tiada usaha untuk merawatnya. Terlalu ramai pemain berkualiti pergi dengan percuma!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN