‘Saya Sudah Letak Jawatan’ – Asmirul Minta MB Baharu Kedah Rujuk KFA

asmirul anuar aris kedah fa kfa 2020

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris telah mengesahkan peletakkan jawatan selaras dengan peralihan kerajaan negeri.

Beliau yang juga bekas Exco Belia dan Sukan negeri berkata, peletakan jawatan itu atas dasar prinsip apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Presiden KFA telah mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada 17 Mei lalu.

Sebelum itu, Asmirul telah memaklumkan menerusi laman Facebooknya, sejumlah RM1.5 juta telah diluluskan pihaknya dan sebelum itu sejumlah RM500 ribu juga telah diserahkan kepada pihak KFA bagi mengatasi kemelut gaji pengurusan dan pemain.

Namun, menurut Menteri Besar yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor, kerajaan negeri terdahulu hanya membuat cadangan bayaran, namun sebarang kelulusan tidak pernah berlaku kerana ia terlalu hampir ketika peralihan kerajaan negeri.

Ini bukan membantu malah merumitkan situasi yang sedang dilalui pengurusan dan pemain-pemain Kedah yang dikhabarkan tertunggak gaji sejak Februari yang lalu, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh kerajaan lagi.

Dalam perkembangan itu, Asmirul memohon pihak kerajaan negeri yang baharu agar segera merujuk dan menyemak kepada pihak KFA berkaitan isu berkenaan.

“Saya berharap Menteri Besar baharu ini dapat merujuk terus kepada pihak KFA dan melihat surat berkaitan kelulusan oleh Menteri Besar yang terdahulu.

“Saya yang tulis surat kepada bekas Menteri Besar dan beliau pula tulis surat kepada Pejabat Kewangan Negeri dan salinan berkenaan ada pada pihak KFA,” jelas lanjut Asmirul mengenai isu tersebut yang telah dipetik daripada Berita Harian.

Beliau dilihat sudah tidak lagi mempunyai kuasa menyelesaikan kes ini, “Saya sudah letak jawatan minggu ini atas prinsip apabila kerajaan terdahulu bubar.”

“Peletakan jawatan ini kalau tidak melalui mesyuarat agung atau mesyuarat apa-apa pun, saya tetap menulis surat secara hitam putih untuk meletak jawatan.

“Surat peletakan jawatan ini ditulis kepada pengurusan KFA dan salinan kepada Timbalan Presiden KFA dan kemudian surat itu akan dipanjangkan kepada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” tambahnya lagi dalam kenyataannya.

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah FA:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN