Saya Ke Chelsea Kerana Kelab Dan Pengurus Mempercayai Saya – Alvaro Morata

Penyerang Chelsea, Alvaro Morata menegaskan beliau berpindah ke Chelsea adalah untuk mendapatkan banyak minit perlawanan pada peringkat tertinggi.

Kini pemain dari Sepanyol itu berjaya melakukan permulaan yang baik apabila telah menjaringkan 7 gol setakat ini dalam semua pertandingan buat Chelsea.

Penyerang berusia 24 tahun itu berjaya menanduk masuk hantaran lintang cantik yang dilakukan Eden Hazard untuk menyamakan kedudukan bagi jaringan ke-7 beliau dalam 7 perlawanan buat kelab itu.

Alvaro Morata
MADRID, SPAIN – SEPTEMBER 27: Saul Niguez of Atletico de Madrid fights for the ball with Alvaro Morata of Chelsea during a match between Atletico de Madrid and Chelsea as part of UEFA Champions League at Wanda Metropolitano Stadium on September 27, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Patricio Realpe/Getty Images)

Morata bersyukur kerana perpindahannya ke Stamford Bridge yang dimulakan dengan kegagalan beliau menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan Perisai Komuniti ketika bertemu Arsenal telah berubah, dan kini segalanya diterjemahkan dengan jaringan demi jaringan yang dihasilkan.

“Saya datang ke Chelsea kerana satu kelab dan seorang jurulatih percaya kepada saya. Sekarang saya mempunyai semua perkara ini dan saya sangat gembira, “kata Morata di Stadium Wanda Metropolitano. “Perlawanan rasmi pertama, saya membuat kesilapan dan saya menderita selama beberapa hari.”

“Orang ramai tidak mahu melihat keadaan itu, tetapi saya belajar daripadanya, mengambil watak saya dan sekarang semuanya ‘OK’ dan kami berharap untuk meneruskannya seperti ini. Ia sentiasa menjadi cabaran yang sukar (menyesuaikan diri dengan England). Liga ini merupakan liga yang paling kompetitif di dunia.

”Ya, ianya adalah fizikal dan liga ini merupakan liga yang boleh dimenangi oleh banyak pasukan. Pasukan yang kuat. Saya sangat gembira, bukan hanya untuk saya tetapi buat pasukan. Ianya penting buat kami kerana kami melihat tahap Chelsea untuk semua pasukan Eropah.”

”Atletico sentiasa bersaing untuk mendapatkan gelaran liga dan kami berjaya mendapatkan tiga mata. Kami sangat gembira kerana kami bersaing untuk Liga Perdana Inggeris juga. Kami mempunyai satu lagi perlawanan besar (bertemu Manchester City). Ia sangat penting buat kami untuk mendapat tiga mata penuh sebelum rehat perlawanan antarabangsa nanti.”

Conte meletakkan Morata dan Eden Hazard dibahagian serangan dan Morata turut memuji persefahaman beliau dengan bintang dari Belgium itu.

”Tidak sukar untuk beraksi dengan pemain seperti dia (Hazard). Dia seorang daripada tiga pemain terbaik di dunia. Mudah untuk saya bermain bersama dengannya.”

Sumber :

Goal (2017) – http://www.goal.com/en-my/news/alvaro-morata-conte-believes-in-me-so-i-can-be-at-my-best/1xmejsjk9xss01757xuvdyr0ms

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN