Satianathan: “Bila Saya Cakap Semua Pemain Nak Ke JDT, Saya Tak Cakap Pasal Akhyar Pun”

Ketua jurulatih Selangor FA, B. Satianathan menafikan laporan media yang mengatakan beliau bercakap mengenai Akhyar Rashid ketika memberitahu media bahawa semua pemain di Malaysia pastinya mempunyai impian untuk bermain di JDT.

Bercakap kepada Semuanya BOLA, ketua jurulatih berusia 60 tahun itu memberitahu, “Wartawan tersebut tanya saya: Adakah Selangor akan menandatangani mana-mana pemain berkaliber? Saya jawab senang sahaja.”

“Jika saya boleh mendapatkan mana-mana pemain skuad kebangsaan [untuk Selangor], dah hebat dah. Tetapi semua pemain nak pergi JDT. Bukan sebab gaji sahaja. Sebab kalau [Selangor] boleh tawarkan kenaikan gaji sekalipun, akan ada faktor-faktor lain yang akan mendorong pemain pergi ke JDT,” jelas beliau.

Satianathan kemudiannya memberitahu faktor-faktor seperti kemudahan latihan JDT yang berkelas dunia, bonus kemenangan yang kompetitif dan peuang bermain di AFC Champions League menjadi faktor penarik utama pemain tempatan bertaraf skuad kebangsaan untuk berhijrah ke juara Liga Super 5 kali itu.

“Bas [JDT] sahaja dah canggih. Maka tak hairanlah ramai pemain skuad kebangsaan nak pergi ke JDT,” katanya lagi.

Satianathan yang juga merupakan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) kemudiannya menjelaskan konteks kenyataan beliau lagi. “Saya bagi satu contoh. Saya nak Aidil [Zafuan] di Selangor sebab saya pernah melatih beliau. Tapi Aidil tak mahu keluar dari JDT kerana Selangor tiada kemudahan seperti di JDT lagi. Saya tak sebut pasal Akhyar pun.”

“Saya bercakap dalam konteks kesukaran saya untuk menarik pemain skuad kebangsaan ke Selangor yang disebabkan oleh pemain-pemain terbaik negara kita lebih tertarik ke JDT. Saya nak pemain kebangsaan sebab saya perlukan pemain terbaik untuk menang piala di Selangor,” jelas beliau lagi.

Satianathan bagaimanapun tidak menyorok minat beliau dengan bakat Akhyar untuk memperkuatkan Selangor ketika ditanya media semalam. “Hanya jika Kedah FA memberi kebenaran [berbincang kontrak dengan Selangor],” jawab beliau ringkas.

Akhyar Rashid sebelum ini dilaporkan sedang dalam proses untuk berhijrah ke JDT selepas menebus kontrak beliau bersama Kedah FA yang berbaki setahun dengan nilai RM210,000 beserta pampasan latihan sebanyak RM75,000.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN