Satianathan Anggap Ada Pemain JDT, Keputusan Perlawanan Malaysia Boleh Bertukar

B. Satianathan

Mantan jurulatih FELDA United dan juga Selangor, B. Satianathan berfikiran yang keputusan teruk aksi persahabatan skuad kebangsaan akan berubah jika ada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ketiadaan pemain-pemain seperti Mohamadou Sumareh, Safawi Rasid dan Matthew Davies memberikan rentak yang berbeza kepada pasukan kebangsaan.

Dan ini jelas sekali tidak dipandang positif oleh Satianathan.

Lebih berkualiti tinggi

Pada hemat beliau, jika lebih ramai pemain JDT yang diletakkan dalam skuad kali ini, keputusan yang diraih pastinya lebih baik.

“Kalau nak menang memang susah. Tapi mungkin bukan senang buat Uzbekistan atau Jordan untuk bermain.”

“Kita akan bagi lebih tekanan dan mereka takkan mudah untuk menembusi bahagian kiri dan kanan,” kata beliau menerusi Berita Harian.

Satianathan juga menganggap kualiti pemain-pemain JDT lebih tinggi berbanding pemain-pemain lain.

Ianya sekali gus membuatkan saingan akan menjadi lebih sengit jika skuad kebangsaan mempertaruh mereka di atas padang.

“Pemain berkualiti itu ada di JDT dan kita kena terima kenyataan itu.”

“Itu yang saya nampak, jurang perbezaan itu terlalu besar.”

Satianathan menganggap turun tanpa 10 tonggak buatkan skuad kebangsaan cukup tempang dalam usaha untuk membendung Jordan dan Uzbekistan.

Malaysia tumbang ditangan Jordan 4-0 serta 5-1 kepada Uzbekistan baru-baru ini.

Hanya Baddrol Bakhtiar sahaja yang menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan dalam dua perlawanan persahabatan itu.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply