Satiananthan Puji Norshahrul Ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Pengendali pasukan Selangor, B. Satiananthan telah memuji keputusan yang dilakukan oleh bekas pemain Pahang iaitu Norshahrul Idlan Talaha yang memilih untuk berhijrah ke Thailand untuk beraksi di sana.

Memetik laporan News Straits Times, beliau yang pernah mengendalikan Norshahrul ketika bersama-sama di Kelantan memuji pemain tersebut berhijrah ke luar walaupun usianya sudah memasuki 34 tahun.

“Saya kenal beliau sejak Norshahrul berusia 18 tahun lagi dan beliau selalu berikan 100% ketika di atas padang. Walaupun beliau sudah berusia 34 tahun tetapi Norshahrul masih seorang pemain yang cukup baik.”

“Disiplin yang dimiliki beliau sepatutnya membolehkan dirinya untuk bermain sekurang-kurangnya untuk dua hingga tiga tahun lagi di bola sepak tahap tertinggi.”

Norshahrul merupakan pemain negara yang sentiasa mahu untuk beraksi di luar negara pada 10 tahun yang lalu pernah mendapat peluang tersebut.

Namun begitu, perpindahan beliau untuk ke Korea Selatan pada waktu itu tidak dibenarkan oleh pasukan diwakilinya ketika itu iaitu Kelantan.