Satiananthan Kecewa Dengan Sikap Segelintir Penyokong Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Satiananthan

Disebalik kekalahan Selangor kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Larkin semalam, terdapat situasi yang kurang enak dilaporkan berlaku terhadap barisan jurulatih dan pemain skuad gergasi merah.

Pengendali pasukan tu, B. Satiananthan mendakwa terdapat segelintir penyokong Selangor melontarkan kata-kata kesat terhadapnya ketika sedang berjalan masuk ke bilih persalinan sebaik sahaja tamat separuh masa pertama.

“Kita tak datang ke sini kalah teruk, kita dapat beri saingan kepada JDT, tetapi ada di antara penyokong berfikir bahawa kami wajib menang semua perlawanan. Bila pemain beri 100 peratus, kita sepatutnya kena hargai.

“Ini tidak..Saya tahu nama saya teruk dihentam di Facebook. Dan ketika saya berjalan (masuk ke bilik persalinan) ada perkataan kesat daripada penyokong Selangor. Macam mana mereka boleh jerit #%&%$ (perkataan lucah) dalam stadium?

“Macam mana orang nak datang bawa keluarga ke stadium bila ada perkataan-perkataan macam ini? Saya tahu yang cakap kepada saya tu penyokong Selangor sebab dia berbaju merah Selangor.

“Hey, kita, pemain dah main gila-gila dan dapat kejar 1-2 sebelum rehat pun kena #$%@& (perkataan lucah)? Saya tak faham kenapa mereka buat ini? Bila dah duduk di kawasan Grandstand, sepatutnya berpelajaranlah sikit. Ini tidak,” katanya dalam Sukan Sinar

Dalam perlawanan itu, Selangor cuba bangkit mencari gol penyamaan selepas ketinggalan 1-2 di separuh masa pertama. Namun, JDT berjaya menambah gol ketiga melalui Safawi Rasid sekaligus memberi tekanan kepada mereka.

“Bukan kita tidak ada peluang tetapi mereka gagal menterjemahkan dengan jaringan. Jika kita tidak gunakan peluang yang ada ketika menentang JDT, memang sukar untuk menang dan jika kita jaringkan gol awal mungkin cara permainan kita berbeza,” jelasnya.

Malah, Selangor juga kehilangan khidmat K. Sarkunan yang dilayangkan kad merah dan Taylor Regan dalam aksi Liga Super bertemu Pahang selepas ini.

“Banyak lagi kerja yang perlu saya lakukan sebelum menentang Pahang.

“Ditambah pula dengan ketiadaan Taylor (Regan) yang tidak akan beraksi menentang Pahang dan perlu bersedia untuk bangkit pada aksi seterusnya,” katanya.