B. Sathianathan Letak Jawatan, Tinggalkan Felda United Kerana Tak Mahu Dipotong Gaji 60%

B. Sathianathan letak jawatan sebagai ketua jurulatih Felda United. Perkara itu disahkan sendiri oleh B. Sathianathan kepada Utusan Malaysia.

Felda United menyatakan yang mereka akan mengurangkan dana untuk kos operasi pasukan bagi musim hadapan. Ini termasuk pemotongan gaji 60% untuk gaji B. Sathianathan.

Bagi beliau bayaran itu tak setimpal dengan apa yang dilakukannya. Sathianathan letak jawatan kerana merasakan itu yang terbaik bagi beliau.

Ini kerana beliau ada perancangan yang melebihi daripada dana cadangan Felda United. Beliau menyatakan sudah ada perancangan untuk membawa beberapa pemain berkualti ke dalam pasukan Felda United termasuk pemain import.

Beliau berkata kepada Utusan Malaysia:

“Kekurangan dana yang dialami oleh Felda United bukan sahaja melibatkan pasukan malah gaji saya turut dipotong.”

“Pihak pengurusan memberitahu bahawa saya akan kehilangan gaji sebanyak 60 peratus sekiranya masih berminat untuk kekal bersama The Fighters.”

Sathianathan

“Sebagai seorang jurulatih profesional, saya rasa mengundur diri adalah langkah terbaik kerana ia tidak setimpal dengan usaha saya.”

B. Sathianathan letak jawatan setelah menjadi ketua Jurulatih Felda United sejak Februari 2017.

Pada 2018, Felda United disingkirkan ke Liga Premier kerana isu lesen Liga Super meskipun mereka menamatkan saingan di tangga ke-3.

Dan beliau membantu Felda United bangkit kembali semula ke Liga Super 2019 dengan menjuarai Liga Premier 2018.

Beliau menggantikan Azmi Mohamed yang meletakkan jawatan beliau sebagai ketua jurulatih kerana merasakan dirinya tak mampu menggalas tugas untuk membawa Felda United dalam kempen Piala AFC.

Perubahan iklim politik antara yang memberikan impak kepada penstrukturan semula Felda United.

Pada Mei lalu, Felda United menyatakan yang masa depan Felda United terjamin meskipun Tan Sri Shahrir Samad yang telah meletak jawatan sebagai Pengerusi.

Ini selepas perubahan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

B. Sathianathan ketika itu juga telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Felda United bagi mendapatkan pencerahan terhadap masa depan Felda United.

Dan beliau diberitahu yang Felda United akan kekal menjadi salah satu entiti penting dalam organisasi tersebut.

Beliau juga memberitahu Stadium Astro yang Felda United sudah ada beberapa perancangan penting.

Felda United juga menyatakan yang mereka tiada masalah dari segi dana untuk mengharungi baki kempen musim 2018.

Bercakap kepada Stadium Astro, B. Sathianathan berkata:

“Walaupun kita ada pengurusan baru yang akan dilantik, saya difahamkan bola sepak akan terus dikekalkan di Felda kerana ini adalah satu industri bola sepak. Felda United FC ini adalah satu anak syarikat daripada Felda.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN