Sarri Rapat Dengan Klopp, Puji Emery Dan Anggap Mourinho Manusia Luar Biasa

Pengurus Chelsea – Maurizio Sarri menyatakan beliau mengecapi kegembiraan tak terhingga dengan menyertai pasukan Chelsea. Bagi Maurizzio Sarri ianya satu pengalaman yang sangat bermakna di dalam kariernya.

Antara kenangan yang Maurizzio Sarri tak akan lupakan adalah ketika perlawanan Chelsea menentang Liverpool di mana beliau dan Klopp menikmati pertarungan taktikal yang sangat cantik.

Maurizzio Sarri kini menikmati permulaan yang sangat baik di Chelsea. Beliau masih belum kalah dalam perlawanan liga selepas 12 perlawanan. Bercakap kepada Gazzeta Dello Sport, Sarri berkata: “Pada satu ketika saya berpaling ke arah Klopp dan melihat beliau tersenyum.”

“Saya bertanya kepadanya; kenapa? Klopp memberitahu: ‘Saya telah menikmati masa yang hebat dengan anda.’ Lantas saya pun menjawab: ‘saya juga begitu’.”

Pengalaman dengan Jurgen Klopp – serta mendapat pujian daripada pengurus Liverpool itu membuatkan beliau sedar bahawa beliau sudah mencapai tahap yang tinggi dalam kariernya selepas memilih untuk ke EPL dari Serie A.

“Apabila anda hidup dalam situasi seperti itu, anda akan sedar yang anda sudah mencapai tahap yang tinggi dalam hidup,” kata pengurus yang sebelum ini berprofesion sebagai pegawai bank.

Maurizzio Sarri memberitahu – Jurgen Klopp adalah pengurus EPL yang sangat rapat dengan beliau dari segi cara mereka bercakap . Dan beliau juga mengakui Jose Mourinho dan Unai Emery sebagai seteru beliau di lapangan bola sepak.

Mourinho adalah bekas pengurus Chelsea dan berlaku sedikit kontroversi dalam pertemuan Chelsea dan Man. United sebelum ini. Manakala Unai Emery, beliau memahami erti perseteruan di antara 2 kelab London iaitu Chelsea dan Arsenal.

Namun Sarri tetap menghormati Jose Mourinho dari sudut profesional dan pencapaian pengurus itu di arena bola sepak terutama sekali dengan Chelsea. Maurizzio Sarri pernah meminta penyokong Chelsea agar sentiasa menghormati Jose Mourinho.

Manchester United’s Portuguese manager Jose Mourinho (L) shakes hands with Chelsea’s Italian head coach Maurizio Sarri (R) as Chelsea’s fitness coach Paolo Bertelli (C) stands by after the English Premier League football match between Chelsea and Manchester United at Stamford Bridge in London on October 20, 2018. – The game finished 2-2. (Photo by Glyn KIRK / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or ‘live’ services. Online in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No video emulation. Social media in-match use limited to 120 images. An additional 40 images may be used in extra time. No use in betting publications, games or single club/league/player publications. / (Photo credit should read GLYN KIRK/AFP/Getty Images)

Selepas insiden pembantu beliau memprovokasi Mourinho di Stamford Bridge – Maurizzio Sarri dengan cepat meminta maaf kepada pengendali berbangsa Portugis itu. Mourinho menerima permohonan maaf itu.

“Saya teras dekat dengan Klopp dari segi padangan filosofi. Perbualan dan pertukaran pendapat di antara kami banyak yang boleh dijadikan pelajaran.”

“Mourinho adalah manusia yang memiliki kualiti luar biasa. Beliau memberikan impressi yang luar biasa ketika mengendalikan insiden melibatkan pembantu saya tempoh hari – di Stamford Bridge.”

“Dari segi tahap profesional, sangat sedikit untuk dibandingkan [saya dan beliau]. Mourinho sudah memenangi segalanya di mana-mana.”

Sementara itu, Sarri juga kagum dengan seorang lagi seteru beliau iaitu Unai Emery. Jurulatih yang berjaya menukar gaya permainan Arsenal kepada sistem serangan secara unit ke tahap tertinggi – menurut Sarri.

LONDON, ENGLAND – AUGUST 12: Unai Emery, Manager of Arsenal gives his team instructions during the Premier League match between Arsenal FC and Manchester City at Emirates Stadium on August 12, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

“Emery seorang yang berfalsafah dan profesional sejati. Beliau membuatkan bola sepak dengan organisasi menyerang di Arsenal pada tahap tertinggi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN