Sarri Percaya Higuain Akan Jadi Kunci Kejayaan Chelsea Musim Depan

Tidak banyak yang dapat disumbangkan oleh Gonzalo Higuain sepanjang tempoh pinjaman musim ini bersama Chelsea.

Higuain baru mengumpul 5 gol dari 13 penampilan untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), termasuk satu gol yang dijaringkan ketika membantu Chelsea menewaskan Watford 3-0 semalam.

Namun, bagi pengendali pasukan Maurizio Sarri,beliau percaya bahawa penyerang kelahiran Argentina itu mampu menjadi kunci kejayaan The Blues pada musim hadapan sekiranya khidmat pemain itu dikekalkan.

LONDON, ENGLAND – MAY 05: Gonzalo Higuain of Chelsea celebrates as as he scores his team’s third goal with Jorginho and Cesar Azpilicueta during the Premier League match between Chelsea FC and Watford FC at Stamford Bridge on May 05, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Justin Setterfield/Getty Images)

Meskipun Higuain masih belum menunjukkan impak seperti yang diharapkan, tetapi Sarri mengakui bahawa beliau masih ingin melihat penyerang berusia 31 tahun itu kekal di Stamford Bridge.

“Saya tidak tahu soal masa depan [Gonzalo] Higuain, anda harus menanyakan itu kepada kelab.”

“Jika dia boleh kekal, maka kami akan lebih baik lagi di musim depan,” kata Sarri kepada BBC.

EPL bukan mudah

Jumlah jaringan yang dicatatkan Higuain masih belum memuaskan, tetapi Sarri mempunyai alasan untuk perkara tersebut.

Menurut Sarri tidak semua pemain, terutama yang dartang dari La Liga [Sepanyol] atau Serie A [Itali] dapat terus menyesuaikan diri dengan baik pada musim perdana mereka di EPL.

LONDON, ENGLAND – MAY 05: Maurizio Sarri, Manager of Chelsea embraces Gonzalo Higuain as he is substituted during the Premier League match between Chelsea FC and Watford FC at Stamford Bridge on May 05, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)6

“Bagi seseorang penyerang, tidak mudah bermain di sini [EPL], apabila anda biasa bermain di Sepanyol dan Itali.”

“Tidak mudah menyesuaikan diri dengan pertandingan ini kerana terdapat perbezaan persaingan fizikal yang ketara,” katanya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram