Maurizzio Sarri: “Kante Tak Akan Mampu Bermain Peranan Jorginho”

Maurizio Sarri tidak bersetuju dengan hujah N’golo Kante perlu dikembalikan semula ke peranan no.6 ataupun pivot pasukan. Menurut Sarri, Kante tidak mampu untuk menggalas peranan Jorginho dalam sistem permainan mereka.

Dalam kekalahan 3-1 Chelsea di tangan Spurs, Jorginho dikritik kerana terlalu mudah dilepasi oleh pemain lawan. Sementara itu, Kante pula dilihat sukar untuk memainkan peranan no.8 ataupun peranan lebih ofensif di dalam padang.

Lantas ada segelintir peminat yang berpendapat, Kante harus bermain di peranan Jorginho sebagai pemain tengah defensif. Peranan itu merupakan peranan utama Kante ketika di Leicester dan di bawah kendalian Antonio Conte.

Kante kemudian dianggap pemain tengah defensif terbaik dunia dalam 2 atau 3 tahun kebelakangan ini. Beliau membantu Leicester dan Chelsea menjuarai EPL, dan kemudiannya membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 – dalam peranan tersebut.

Sarri menjelaskan kenapa Kante tidak boleh menjadi pemain tengah paling bawah di antara tengah bertiga pasukan Chelsea. Hal ini kerana Kante bukan pemain yang ada teknikal dengan bola .- lebih kepada pemain yang ‘direct’ – apabila menjadi pivot.

Sarri memerlukan seorang pemain yang mampu menghantar bola panjang, merencana permainan (playmaking), dan pada masa yang sama mampu mengekalkan penguasaan bola ditekan lawan.

Sarri berkata: “Saya mahukan pemain tengah (no.6) saya adalah pemain yang sangat teknikal. Jadi buat masa ini saya ada Jorginho dan Fabregas. Saya tak mahu Kante bermain di peranan tersebut.”

HUDDERSFIELD, ENGLAND – AUGUST 11: Jorginho of Chelsea celebrates with teammates after scoring his team’s second goal during the Premier League match between Huddersfield Town and Chelsea FC at John Smith’s Stadium on August 11, 2018 in Huddersfield, United Kingdom. (Photo by Matthew Lewis/Getty Images)

“Dalam perlawanan sebelum ini, Kante mahu menyelesaikan perlawanan dalam 15 minit pertama, namun dengan cara yang salah. Beliau tidak berada di posisi yang betul. Beliau terlalu ghairah menyerang.”

“Ini bukan karakter Kante yang sebenar. Ianya adalah lebih kepada reaksi daripada kesukaran.”

“Mungkin segalanya akan mengambil masa, namun Kante harus sentiasa berada berdekatan dengan Jorginho terutama sekali ketika bola di kawasan sebelah. Dan apabila bola di kiri, beliau perlu untuk berada sangat rapat dengan Jorginho.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram