Sarawak United FC Tagih Kepakaran Dari Valencia?

Belum ada sebarang pengumuman rasmi setakat ini oleh pasukan baharu, Sarawak United FC yang akan bersaing di Liga Premier 2020 pada musim hadapan.

Walaupun pentadbir Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) telah melancarkan saingan Liga Malaysia 2020 secara rasmi semalam, tanda tanya masih menyelubungi rata-rata penyokong Sarawak mengenai pasukan itu.

Apa yang ramai ketahui Sarawak United FC adalah sebuah pasukan yang dijenamakan semula dari Selangor United, selepas pengambilalihan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) diluluskan oleh MFL pada tahun lalu.

Sehingga kini belum boleh dipastikan, siapakah yang bakal mengendalikan pasukan itu pada musim akan datang. Atau siapakah pemain  yang bakal membarisi pasukan tersebut.

Ianya langkah yang dianggap aneh pada pendapat kami, kerana tatkala semua pasukan lain sibuk mempromosikan pasukan masing-masing, Sarawak United masih mengambil langkah berdiam diri.

Namun satu perkara yang menarik perhatian kami baru-baru ini adalah perkongsian di laman Instagram milik bekas pemain dan jurulatih pasukan Belia Sarawak, Safri Amit.

Dalam video tersebut, kem Sarawak dilihat meraikan Hari Lahir kepada Safri Amit. Safri yang pernah beraksi bersama pasukan Sarawak dipercayai adalah Penolong Jurulatih kepada pasukan Sarawak United FC pada musim akan datang.

Dalam video tersebut, terdapat seorang lagi individu bersama Safri. Selepas melakukan carian, kami yakin individu tersebut dikenali sebagai Juan Carlos Magro Oliva atau turut dikenali sebagai Coach Margo.

Coach Margo sebelum ini adalah jurulatih pembangunan akar umbi di Valencia, dan turut pernah berada di dalam negara mewakili Valencia untuk klinik dan program pembangunan di negara ini sejak 2013.

Adakah beliau akan dilantik sebagai pengendali utama Sarawak United? Kami yakin akan ada pengumuman rasmi dalam masa terdekat.

Daripada kami warga kerja Semuanya BOLA, selamat maju jaya kami ucapkan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN