Sarawak FA Umum Senarai Pemain, Sasar Kembali Ke Liga Super Malaysia 2019

Seramai 24 pemain terdiri daripada muka lama dan baru bakal menghiasi skuad utama Sarawak bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2018.

Setelah hanya menamatkan saingan Liga Super Malaysia 2017 di tangga ke-11 pada musim lalu, musim ini skuad yang turut dikenali dengan jolokan ‘Bujang Senang’ akan bersaing di 100Plus Liga Premier 2018.

Walaupun tidak meletakkan sasaran yang tinggi untuk musim 2018, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais yakin skuad sedia ada bakal memberi saingan di kelompok teratas divisyen dua bola sepak negara ini.

Kredit foto: Stadium Astro

“Kita tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi iaitu muncul juara namun saya percaya barisan pemain mampu meletakkan Sarawak dalam kelompok pasukan teratas kempen Liga Premier musim hadapan.”

“Apa yang pasti, sasaran utama kita adalah untuk kembali ke Liga Super pada tahun hadapan,” ujar Posa kepada Utusan Borneo petang tadi.

Untuk saingan musim 2018, Sarawak bakal menampilkan 9 wajah baru dalam skuad sedia ada. Antaranya ialah Nebojsa Marinkovic, Benedict Martin, Bobby Gonzales, Mohammad Firdaus Muhammad, Mohd Iqbal Mohd Suhimi, Mohd Sabree Abu, Muhammad Muzaimir Abdul Hadi, Shaiful Wazizi Mohamad dan Shazaee Ramlee.

Nebojsa Marinkovic adalah pemain tengah berusia 31 tahun yang pernah beraksi bersama beberapa kelab sekitar Eropah, Israel dan Australia, dan berasal daripada Serbia.

 

Selain daripada mempunyai pengalaman beraksi di serata Eropah, pemain tengah yang pernah bersama Perth Glory selama 4 musim ini turut pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Serbia and Montenegro untuk skuad B-17, B-19, dan B-21.

Sarawak turut mengekalkan kebanyakkan muka lama, dan turut menyerap beberapa pemain muda daripada skuad Piala Presiden bagi menghadapi saingan pada musim hadapan.

Nama-nama lain yang turut tersenarai ialah Abdul Rahim Abdul Razak, Awang Kamaruddin Awang Bohan, Dalglish Papin Test, Jimmy Raymond, Mazwani Zekaria, Mohammad Alif Hassan, Mohammad Dzulazlan Ibrahim, Mohammad Hafis Saperi, Mohammad Hafiz Abu Bakar, Mohd Hairol Mokhtar, Nor Azizi Ramlee, Peter Frank Brown, dan Rames Lai Boon Huat.

Manakala dua pemain import musim lalu, iaitu Mateo Roskam dan juga Milos Raickovic dipanggil kembali menyertai skuad Bujang Senang ini, setelah FAS memutuskan untuk kekal menggunakan khidmat pemain import pada musim ini.

Sebelum ini, FAS pernah mewar-warkan kemungkinan akan menggunakan khidmat 100% pemain tempatan, dan hanya akan memanggil pemain dari Semenanjung dan import jika keadaan memerlukan.

Photo by Azlandy M. A.T / www.asiana.my

Namun selepas perlantikan Ian Andrew Gillian sebagai ketua jurulatih merangkap Pengarah Kejurulatihan FAS, jelas keperluan pemain-pemain ini diperlukan untuk membawa cabaran Sarawak pada musim hadapan.

Dato Posa turut mengesahkan FAS sedang berusaha untuk membawa seorang lagi pemain import yang beraksi bersama Perth Glory di Australia bagi memenuhi kuota Asia.

Jika semuanya mengikut perancangan, maka Sarawak akan mendaftarkan 25 pemain, termasuk 4 pemain import untuk menghadapi Liga Malaysia 2018.

Sarawak akan membuka saingan kempen

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN