Sarawak, Sabah Dan Pulau Pinang Antara 6 Pasukan Gagal Pelesenan FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan hanya 3 pasukan dari Liga Premier telah lulus dalam pelesenan kelab bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2019, jika layak.

Perkara ini telah diputuskan pada mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada 14 November 2018.

6 pasukan gagal dalam pelesenan kelab FAM

Daripada 9 pasukan yang telah memohon pelesenan kelab tersebut, hanya Felda United FC dan UITM FC lulus dalam mendapatkan lesen kebangsaan manakala MIFA juga berjaya mendapatkan lesen kebangsaan tetapi dengan sanksi.

Sementara itu, enam pasukan yang lain iaitu Sabah FA, Sarawak FA, Felcra FC, UKM FC, PDRM FA dan Penang FA telah ditolak permohonan mereka untuk mendapatkan lesen kebangsaan kerana gagal menepati kriteria yang telah ditetapkan.

3 Pasukan Liga Premier Lulus Lesen Kebangsaan Untuk 2019Sebanyak tiga daripada sembilan pasukan yang telah memohon…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Thursday, November 15, 2018

Mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018.

Pasukan yang gagal mendapat lesen boleh mengemukakan rayuan

Menurut FAM, pasukan yang gagal telah pun diberikan surat pemakluman dan masih boleh merayu untuk mendapatkan lesen kebangsaan seperti dinyatakan dalam Artikel 3.4.2 Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018.

“Lesen Kebangsaan yang dikeluarkan ini adalah sah untuk tempoh satu musim sahaja iaitu bagi musim 2019 dan sepanjang musim berkenaan, jika mana-mana pasukan didapati melanggar artikel-artikel yang terdapat dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018 atau mempunyai kes berkaitan dengan FIFA dan AFC, lesen kebangsaan mereka boleh ditarik balik.

“Untuk musim 2019, kelab tidak perlu lesen kebangssan untuk menyertai Liga Perdana musim depan tetapi wajib memerlukan lesen kebangssan untuk menyertai Liga Perdana dari musim 2020 dan seterusnya,” kata kenyataan daripada Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram