Challenge Cup: Hadapi Kekangan Kewangan, Sarawak Bawa 13 Pemain Sahaja Ke Terengganu

Perkara ini jelas merupakan satu sisi gelap yang telah membelenggu lama dalam bola sepak negara kita.

Pasukan Liga Premier iaitu Sarawak menghadapi masalah kewangan yang cukup meruncing ketika ini sehingga menggangu persiapan mereka dalam kejohanan Challenge Cup 2018.

Menurut laporan dari laman Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya, pasukan Sarawak terpaksa membawa hanya 13 pemain sahaja ke Terengganu untuk perlawanan Challenge Cup menentang TFC II.

Menurut laman tersebut, masalah kewangan menjadi punca Sarawak tidak mampu menerbangkan keseluruhan skuad mereka merentasi Laut China Selatan ke Pantai Timur semenanjung Malaysia itu.

Oleh itu, pada perlawanan menentang TFC II kelak bakal menyaksikan Sarawak hanya akan meletakkan 2 pemain simpanan sahaja dalam aksi itu nanti.

Gambar: Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya

Situasi ini jelas menyedihkan dan memberikan hakikat sebenar yang bola sepak Malaysia masih memerlukan penyelesaian untuk beberapa perkara sebelum bergerak lebih maju.

Masih lagi banyak pasukan hatta di Liga Super mahu pun di Liga Premier masih lagi mengalami salah urus dalam pentadbiran sehingga menyebabkan isu tunggakan gaji dalam kalangan pemain dan pegawai masih lagi wujud.

Perkara ini harus ditamatkan kerana situasi ini seolah-olah sudah menjadi perkaral lazim dalam kancah bola sepak di negara kita.

Diharap pengurusan pasukan Sarawak dapat mencari jalan penyelesaian dan selesaikan hal ini dengan seeloknya.

Kepada penyokong Ngap Sayot, waktu ini jelas sukar untuk pasukan anda. Teruskan menyokong para pemain yang beraksi di atas padang.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram