Sanusi Sedia Jadi Presiden KFA, Mahu Kaji Kontrak Yang Membebankan

KFA

Menteri Besar Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor berharap mana-mana individu yang bakal dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) adalah mereka yang benar-benar berkemampuan untuk mengembalikan kegemilangan skuad Hijau Kuning di pentas bola sepak negara ini.

Menurut sumber dari Harian Metro, Sanusi yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 pada 17 Mei dikatakan seorang ahli politik yang amat meminati bidang sukan dan berpengalaman dalam sukan bola sepak, sepak takraw, futsal, ragbi, badminton dan lain-lain.

Justeru itu, beliau melihat perlunya satu proses untuk mengukuhkan pentadbiran dan pengurusan pasukan terutamanya dari segi faktor kewangan demi kelangsungan skuad Lang Merah.

“Saya amat berharap mereka yang bakal dicalonkan dan menerima jawatan sebagai presiden persatuan boleh membawa masuk penajaan ke dalam persatuan demi mengukuhkan kedudukan pengurusan.”

“Individu terbabit perlu berkeupayaan menarik penajaan ke dalam pasukan dan isu penting dalam KFA sekarang ini adalah penajaan dan sumber kewangan.”

“Bukan sekadar menduduki jawatan kerana yang penting adalah keupayaan diperlukan bagi mengukuhkan keadaan kewangan dan kerajaan negeri sekarang ini pun berdepan kekangan berkenaan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu bagaimanapun mengakui beliau juga sebenarnya berminat untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut sekiranya namanya dicalonkan sebagai Presiden KFA selepas ini.

“Kalau ada pencalonan melibatkan nama saya, saya akan sahut cabaran itu. InsyaAllah saya akan terima dan kalau tak ada pun tak apa.”

“Saya akan tengok balik kontrak ditandatangani sebelum ini dan yang mana membebankan dan tak boleh diteruskan kemungkinan akan dikaji semula.”

“Saya seperti seluruh rakyat Kedah yang lain mahu negeri b terrayaus maju dalam semua sukan dan InsyaAllah kita akan kekalkan momentum ‘Kedah Serata-Rata’ yang kita laungkan selama ini.

Pasukan Kedah sebelum ini terpalit dengan kontroversi tidak membayar gaji pemain sejak bulan Februari. Walaupun dikatakan peruntukan sebanyak RM2 juta ringgit telah ‘diluluskan’, namun pemain mendakwa masih belum menerima tunggakan tersebut.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Kedah:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply