Piala Dunia Kelab: Santiago Solari Jangkakan Kashima Antlers Akan Berikan Cabaran Sengit

Real Madrid bakal mempunyai satu lagi peluang untuk menjulang kejuaraan apabila memulakan kempen Piala Dunia Kelab untuk edisi kali ini.

Mereka yang hadir sebagai juara Eropah, mendapat laluan terus ke peringkat separuh akhir dan akan bertemu dengan juara Asia – Kashima Antlers.

Di atas kertas, jelas Real Madrid mempunyai kelebihan ke atas Kashima Antlers. Namun bagi Santiago Solari, beliau tetap jangkakan cabaran yang sengit bakal diberikan oleh gergasi bola sepak Jepun itu.

“Kashima Antlers mempunyai kumpulan pemain asas yang sama dan mereka turut ada pemain luar berkualiti di dalam skuad.”

Menurut Solari, Kashima Antlers dianggap sebagai pasukan yang berbahaya kerana corak permainan mereka yang mampu memerangkap pasukan lawan.

“Mereka merupakan pasukan yang dinamik, pantas dan suka bermain taktikal bola sepak secara terus serta beraksi dengan kelajuan.”

“Pasukan dari Jepun ini akan menjadi lawan yang baik untuk kami dan perlawanan melibatkan 2 pasukan ini pastinya akan menjadi isitimewa.”

Dalam masa yang sama, Solari mengakui yang Kashima Antlers kini merupakan pasukan yang lebih matang berbanding pasukan sama yang dihadapi mereka 2 tahun yang lalu.

“Mereka merupakan pasukan yang lebih berpengalaman berbanding pasukan yang kami hadapi pada 2 tahun yang lalu.”

“Sebelum ini, mereka tampil sebagai tetamu sahaja dalam kejohanan ini. Kali ini mereka hadir sebagai pasukan terbaik Asia.”

Dalam pertemuan terdahulu, Real Madrid menewaskan Kashima Antlers 4-2 dalam perlawanan akhir Piala Kelab Dunia 2016.

Perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan ini akan diadakan pada 12.30 tengah malam ini waktu Malaysia.

Pemenang perlawanan ini akan bertemu Al-Ain pada perlawanan akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN