Sancho: Spekulasi Ke Manchester United Bukan Punca Prestasi Menurun

Pemain sayap England, Jadon Sancho menafikan laporan media yang mengatakan spekulasi ke Manchester United menjadi punca kepada prestasinya yang dilihat agak merudum sejak kebelakangan ini.

Pemain Borussia Dortmund itu menjadi sasaran utama United pada musim panas lalu namun perpindahan yang diimpikan itu gagal walaupun laporan mendedahkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) telah menawarkan €100 juta (RM488 juta).

Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund, Hans Joachim Watzke dikatakan menjadi penghalang utama penghijrahan Sancho ke Old Trafford dan prestasi semasa pemain berusia 20 tahun itu pastinya membuatkan beliau menyesal dengan keputusannya.

Selepas sembilan perlawanan dalam semua pertandingan musim ini, Sancho hanya menjaringkan dua gol sahaja dan masih gagal mencetak sebarang jaringan di saingan Bundesliga. Sepanjang musim lepas beliau telah menjaringkan 20 gol.

“Tidak, saya tidak rasa spekulasi ke Manchester United memberi kesan kepada prestasi saya. Saya seperti juga pemain lain yang ada turun naik dalam karier dan saya sedang mengharungi tempoh sukar ketika ini,” ujar Sancho ketika ditemubual oleh sebuah stesen televisyen England, ITV.

Bagaimanapun aksinya ketika membantu England menang 3-0 ke atas Ireland tempoh hari mungkin sedikit melegakannya selepas berjaya menjaringkan satu gol dan ia sedikit sebanyak dapat membantu beliau kembali menaikkan tahap keyakinannya.

“Ini adalah cara bagaimana saya bangkit semula dan saya bersyukur kerana pengurus masih memberi kepercayaan kepada saya untuk menurunkan saya.

“Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada diri sendiri supaya apabila beraksi, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjaringkan gol atau mencipta jaringan supaya dapat bantu pasukan.

“Dalam dua perlawanana lepas, saya gagal menjaringkan gol tetapi saya tahu saya ada peluang untuk membuktikan keupayaan sebenar saya.”

Untuk perlawanan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) pada minggu ini, England akan berdepan Belgiu pada Ahad dan kemudian bertemu Icelang tiga hari kemudian.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Usain Bolt: Larian Cristiano Ronaldo Lebih Pantas Dari Saya

Bekas Fisioterapis England Jelaskan Punca Peningkatan Kecederaan Pemain EPL Musim Ini

Andy Robertson Mengadu Alami Kecederaan Hamstring Ketika Bantu Scotland

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply