Sancho, Dembele Tidak Akan Sertai Manchester United

Dembela Sancho United

Dua sasaran utama Manchester United, Jadon Sancho dan Ousmane Dembele kedua-duanya  dipercayai akan terus kekal bersama pasukan masing-masing sehingga jendela perpindahan musim panas ditutup.

Pemain sayap Borussia Dortmund berusia 20 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United sejak beberapa bulan lalu, namun perkembangan terbaharu menyaksikan kelabnya telah menolak beberapa bidaan oleh kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.

Kelab Bundesliga tersebut telah beberapa kali mengatakan pihaknya tidak akan menjual Sancho selepas tarikh akhir 10 Ogos.

United kemudian beralih kepada alternatif lain dengan cuba untuk mendapatkan Dembela dari Barcelona secara pinjaman, namun media melaporkan Barcelona hanya mahu menjual pemain Perancis tersebut secara tetap.

Dembele menyertai Barcelona pada 2017 dengan rekod perpindahan £135 juta dari Borussia Dortmund, namun bergelut untuk mempamerkan aksi terbaiknya sepanjang tiga tahun bersama kelab Catalan tersebut selepas dilanda beberapa siri kecederaan.

Setakat ini secara rasmi United hanya berjaya mendapatkan Donny van de Beek dari Ajax dengan harga £39 juta dan dilporkan telah berjaya membawa masuk penyerang veteren Edinson Cavani yang kini meruapkan ejen bebas selepas kontraknya bersama Paris Saint-Germain tamat.

Sementara itu, Chris Smalling pula mungkin akan terus kekal di Old Trafford pada musim ini selepas rundingan United bersama Roma gagal dimuktamadkan. Beliau kini mempunyai baki dua tahun kontrak bersama United.

Oleh Gunnar Solskjaer dilihat semakin terdesak untuk menambah kekuatan pasukannya terutamanya selepas diaibkan oleh Tottenham Hotspur pada hujung minggu lalu.

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply