Sanchez Skor, Diikuti ‘Claim’ Gol Tak Diterima & Dibuang Padang Kerana ‘Diving’

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat Inter Milan akhirnya tiba, apabila Alexis Sanchez melakukan debut penuh untuk pasukan barunya.

Sanchez disenaraikan dalam kesebelasan utama menentang Sampdoria.

Namun ianya agak bercampur emosi. Sanchez menjaringkan gol dan pada masa yang sama dibuang padang kerana kesalahan simulasi. Dan tidak lupa, gol pertama beliau telah dihadiahkan kepada Stefano Sensi.

Inter Milan mencatatkan kemenangan ke-6 daripada 6 perlawanan dalam Serie A setakat ini, untuk membolehkan mereka mengekalkan jarak 2 mata daripada Juventus.

2 gol Inter Milan dalam perlawanan ini adalah dalam jarak 128 saat.

Stefano Sensi meneruskan aksi cemerlang beliau di bawah kendalian Conte, dengan gol pembukaan pada minit ke-20.

Sanchez ‘claim’ gol tersebut kerana terkena belakang beliau.

https://twitter.com/i/status/1177982003993600001

Namun pegawai perlawanan memberikan ia kepada Sensi secara rasmi. Hal ini kerana percubaan Sensi itu

Tidak mengapa, kerana, 2 minit selepas itu, Alexis Sanchez menjaringkan gol kedua untuk Inter.

Walaubagaimanapun, Alexis Sanchez dilayangkan kad kuning kedua kerana kesalahan ‘diving’, hanya selepas seminit separuh masa kedua bersambung.

Inter bermain dengan 10 pemain dan mereka bolos pada minit ke-55, menerusi Jakub Jankto.

6 minit kemudian, Roberto Gagliardini menjarakkan jurang gol sekali lagi untuk Inter Milan.

Inter Milan berjaya mengekalkan keputusan 3-1 untuk memastikan 3 mata dibawa pulang.