Maradona: “Sampaoli Tidak Sehebat Edgardo Bauza”

Di kala ramai penyokong Argentina meraikan perlantikan Jorge Sampaoli, ditambah dengan kemenangan pertama Sampaoli bersama Argentina tempoh hari.

Ia bukan kemenangan biasa, ia kemenangan ke atas pasukan no.1 dunia, Brazil dalam perlawanan persabahatan antarabangsa..

Diego Maradona tampil mempertahankan bekas pengendali Argentina, Edgardo Bauza yang menjadi kecaman pelbagai pihak sebelum ini.

Maradona menganggap perlantikan Sampaoli sebagai membuang masa kerana Edgardo Bauza lebih baik daripada Sampaoli. Maradona berkata kepada tv TyC:

“Saya tidak fikir Sampaoli lebih tahu pasal bola sepak lebih daripada Bauza.”

“Jika Sampaoli (bersama pasukan Chile) tidak menewaskan kami (Argentina) di perlawanan akhir Copa America 2015, keluarga dia sendiri pun tidak tahu siapa Sampaoli dalam kejurulatihan bola sepak.”

Maradona turut mengkritik Sampaoli yang menyisihkan Sergio Aguero dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil.

“Ia tindakan tidak masuk akal menyisihkan Kun (Aguero). Kun seorang yang pantas, dia memberikan elektrik di dalam pasukan.”

Maradona ternyata masih sakit hati dengan Sampaoli.

“Sampaoli bermuka-muka dengan saya. Dia pernah berjanji untuk memberikan penghargaan kepada saya di Seville. Kemudian, tawaran dari skuad kebangsaan datang. Saya langsung tidak mendengar apa-apa lagi dari beliau.”

Sebagai tambahan, Maradona adalah bekas pemain Sevilla. Ia adalah kelab terakhir beliau di Eropah sebelum kembali ke Argentina pada fasa akhir karier beliau.

Maradona juga pernah menjadi jurulatih skuad kebangsaan Argentina.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN