Sami Khedira Dedahkan Dua Individu Penting Bantu Tingkatkan Prestasinya

Sami Khedira

Pemain tengah Juventus, Sami Khedira mengakui bahawa Cristiano Ronaldo dan Jose Mourinho adalah merupakan dua individu yang cukup penting dalam membantunya meningkatkan prestasi di atas padang.

Bukan sahaja ketika bersama Juventus, Khedira dan Cristiano Ronaldo turut pernah berada dalam satu pasukan selama lima musim apabila kedua-duanya menyarung jersi Real Madrid pada musim 2010/11 hingga 2014/15.

Mereka akhirnya kembali disatukan selepas Ronaldo mengambil keputusan untuk berhijrah ke Turin sebaik sahaja tamat saingan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Sementara itu, Jose Mourinho pula membimbingnya pada tiga musim awal Khedira bersama Real Madrid sebelum pengendali kelahiran Portugal itu mencapai persetujuan bersama untuk meninggalkan kelab tersebut.

Embed from Getty Images

Mourinho juga merupakan insan yang bertanggungjawab dalam membawa masuk Khedira dari VFB Stuttgart ke Santiago Bernabeu.

”Cristiano merupakan pemain yang luar biasa dan juga merupakan seorang yang hebat,” ujar Khedira menurut laporan Goal.

”Sementara itu, kami pernah bermain bersama selama tujuh tahun, lima tahun daripadanya di Madrid dan dua musim lagi ketika diu Juventus.”

”Kerana kemahiran dan cita-citanya, pada pendapat saya, dia merupakan salah seorang pemain terbaik dunia yang pernah diketahui dunia. Dia mahu untuk menang pada setiap masa, walaupun hanya pada sesi latihan.”

”Dia merupakan model ikutan buat semua orang. Itulah sebab yang menjadikannya sebagai antara pemain bola sepak terhebat dunia. Saya merasakan saya boleh menganggap diri saya beruntung kerana masih bermain dan berlatih dengannya.”

Embed from Getty Images

”Orang yang paling hebat sebagai jurulatih adalah Jose Mourinho kerana dia mempercayai saya. Langkah terbesar dalam karier saya adalah berhijrah dari Stuttgart ke Real Madrid selepas menjuarai Piala Dunia 2010.”

”Dia banyak mengajar saya dari segi teknikal tetapi juga meningkatkan saya sebagai seorang manusia. Dia mempercayai saya.”

”Saya masih mempunyai hubungan yang luar biasa dengannya, saya masih menghubunginya dan saya mengikutinya sebagai seorang jurulatih dan manusia, sebab itulah saya memilih Jose Mourinho,” tambah Khedira lagi.

Kredit featured image: Maurizio Lagana/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Sami Khedira:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN