Sambung Kontrak Cavani, Isyarat Manchester United Takkan Beli Kane Atau Haaland?

Cavani Haaland Kane Manchester United

Edinson Cavani dilaporkan telah bersetuju untuk melanjutkan kontraknya bersama Manchester United untuk tempoh setahun lagi.

Penyerang berusia 34 tahun itu menyertai United secara percuma pada musim panas lepas dan menandatangani kontrak selama setahun  dengan pilihan sambungan setahun.

Walaupun masih belum ada pengumuman rasmi dari pihak kelab, beberapa portal di England telah pun mengesahkan bintang Uruguay untuk akan kekal di Old Trafford sehingga musim panas 2022.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini beberapa kali menyatakan secara terbuka beliau mahu Cavani terus kekal bersama pasukan.

Penyerang veteren itu telah mempamerkan aksi yang positif sepanjang musim ini termasuk membantu United mara ke perlawanan akhir Liga Europa (UEL).

Setakat ini beliau telah mencetak 15 gol dari 35 penampilan dengan lapan daripadanya disumbangkan dalam tujuh perlawanan terakhir.

Walaupun sebelum ini pemain berkenaan berkira-kira untuk menerima tawaran dari kelab Amerika Selatan, namun peningkatan prestasi sejak akhir-akhir mungkin menjadi faktor utama mengapa beliau mengubah fikiran.

Namun di sebalik pengumuman itu timbul pula persoalan, adakah United akan menghentikan usahanya untuk mendapatkan penyerang baharu?

Dua pemain yang paling kuat dikaitkan dengan penghijrahan ke Old Trafford adalah Harry Kane dan Erling Haaland.

Walaupun mempunyai statistik peribadi yang baik, namun kedua-dua penyerang sensasi ini dikatakan terdesak untuk mendapatkan koleksi kejuaraan yang agak sukar diperolehi bersama pasukannya ketika ini.

Difahamkan tujuan utama Solskjaer mahu Cavani terus kekal bukanlah semestinya untuk menjadi penyerang utama, tetapi pengaruhnya amat penting bagi membimbing pemain-pemain muda

Pengalaman, pergerakan dan ketajamannya di hadapan gol selaku penyerang tulen merupakan ‘khazanah’ yang perlu diperturunkan ilmunya kepada pemain-pemain lain seperti Marcus Rashford dan Mason Greenwood yang merupakan aset penting dan prospek masa depan kelab.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Ranieri Terima Pujian Selepas Bawa Tradisi ‘Guard Of Honour’ Ke Serie A

Bundesliga: Bayern Juara Lagi, Muller & Alaba Catat Rekod Gelaran Ke-10

PSG Umum Lanjutan Kontrak Neymar Sehingga 2025

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply