Saman Ditarik Balik, Tak Sangka Gurauan Kerana Dah Lama Kenal Hafizul Jadi Lain

Saman RM5 juta yang dikemukakan oleh penjaga gol Perak FC, Hafizul Hakim telah ditark balik, dan isu itu dianggap telah selepsa apabila individu terbabit telah tampil memohon maaf.

Permohonan maaf tersebut dikemukakan oleh seorang penyokong yang dikenali sebagai Wan, berusia 30 tahun di Stadium Perak pada hari ini dalam satu sidang media. Turut hadir ialah Hafizul Hakim sendiri.

“Isu ini boleh dikatakan agak sensitif dan saya sendiri pun kalau boleh tak mahu ia jadi lebih besar,” kata Hafizul kepada media seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian pada hari ini.

“Oleh kerana dia sendiri hubungi saya dan sedia untuk mohon maaf, maka saya ambil keputusan untuk selesaikan isu ini dengan cara baik,” katanya.

Hafizul turut memohon maaf kepada individu tersebut dan penyokong lain kerana berbuat demikian, dan menjelaskan beliau hanya berniat agar pelaku tampil ke depan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Oleh itu Hafizul berharap isu itu tidak perlu diperbesarkan lagi khususnya dalam kalangan penyokong-pemyokong Perak FC.

Menjelaskan tuduhan yang dilemparkan kepada Hafizul, penyokong yang dikenali sebagai Wan itu mengakui ia betujuan untuk bergurau kerana sudah lama mengenai Hafizul sebagai pemain Perak.

“Saya hanya buat gurauan tanpa fikir panjang dan tak sangka gurauan saya itu mainkan sentimen yang bukan biasa-biasa. Saya mohon maaf kepada semua jika ada yang rasa marah atas tuduhan itu.

“Sebaik berita tuntutan saman keluar di media, saya terus hubungi Hafizul, menyatakan hasrat bertemunya untuk selesaikan masalah ini. Alhamdulillah di pihak Hafizul sendiri menerima permohonan maaf saya dan setuju tidak meneruskan saman berkenaan,” katanya.

Sebelum ini pemain Perak dikatakan mogok dan  tidak mahu masuk ke padang latihan, terdapat satu lagi isu yang panas berlaku apabila penyokong Perak mendapati bendera negeri dikibarkan separuh tiang. Perkara itu membuatkan ramai penyokong Perak yang marah.

Seorang penyokong dilaporkan mengaitkan bendera separuh tiang tu dengan penjaga gol utama Perak, yang juga pemain kebangsaan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy .

Tindakan tersebut membuatkan Hafizul marah dan mengancam untuk mengambil tindakan perundangan dengan saman RM5 juta.

 

Baca artikel lain mengenai Perak FC:

Ketajaman Kedah Di Minit Akhir Cabaran Buat Hafizul Hakim

De Paula Beri Isyarat ‘Sangkut’ 2 Bulan Gaji Ketika Raikan Jaringan?

‘Baik Bantu Rakyat Susah’ – Kerajaan Negeri Tak Nak Tanggung Tunggakan Gaji Perak FC

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply