Salah Lebih Berminat Bermain Dengan Barcelona Berbanding Real Madrid

Bintang Mesir yang sedang meningkat naik bersama Liverpool FC, Mohamed Salah dilaporkan lebih berminat untuk bermain bersama Lionel Messi di Barcelona berbanding bergandi­ngan dengan Cristiano Ronaldo di Real Madrid.

Menurut laman sukan Express UK, jika diberi pilihan untuk meninggalkan Liverpool, Salah memilih untuk berhijrah ke Nou Camp berbanding ke Madrid.

Portal sukan Sepanyol, Diario Gol, turut melaporkan bekas gandingan Salah di Liverpool, Philippe Coutinho memberitahu Messi bahawa pemain antarabangsa Mesir itu berminat untuk me­nyarung jersi Barcelona.

Coutinho mendedahkan mengenai perkara itu ketika dalam proses perpindahan dari Anfield ke Camp Nou pada Januari lalu.

https://twitter.com/irish_kop96/status/986575170197512192

Salah membuat penampilan sensasi pada musim pertama bersama Liverpool apabila meledak 40 gol daripada 45 perlawanan, dan berada di landasan untuk meraih anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris dengan me­ngumpul 30 gol setakat ini.

Sementara itu satu lagi portal sukan Sepanyol, Don Balon melaporkan, berbanding Real yang secara terbuka menyatakan minat untuk mendapatkan Salah, belum ada sebarang langkah diambil oleh Barcelona setakat ini.

Gergasi bola sepak Sepanyol itu yang menghampiri kejua­raan La Liga ke-25 sebaliknya lebih berminat membeli pe­nyerang Perancis, Antoine Griezmann daripada Atletico Mad­rid.

Salah mempunyai kontrak di Anfield sehingga musim panas 2022, dan pihak pengurusan tertinggi Liverpool dijangka meningkatkan tawaran untuk me­yakinkan pemain itu agar kekal.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pula yakin, Salah tidak akan meninggalkan pasukan hanya selepas semusim.

“Ia bukan situasinya, saya langsung tidak terfikir (Salah akan pergi).

“Sembilan bulan lalu, dia datang ke sini untuk mengorak satu langkah ke depan dalam kariernya. Dia melakukannya dengan baik.

“Sebelum tiba di Liverpool dia ada beberapa pilihan lain, tetapi memilih untuk datang ke sini. Jadi mengapa dia hendak pergi selepas semusim yang menakjubkan?,” kata Klopp.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN