Salah Akui Minat 2 Legenda Real Madrid, Tak Mahu Digelar Setaraf Messi & Ronaldo

Bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah sudah menjaringkan 43 gol musim ini. Maka tak hairanlah nama beliau terus diwar-wakan sebagai salah seorang calon Ballon d’Or bersama-sama dengan bintang ikonik, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Beliau menjadi pemain penting yang membantu Liverpool mara ke final UCL musim ini. Salah memenangi Pemain terbaik PFA 2017/18 dan banyak lagi penghargaan lain termasuk Pemain Terbaik Afrika.

Ketika bercakap kepada sebuah rancangan televisyen di Mesir dalam program ON E, Mohamed Salah tidak selesa dibandingkan dengan Messi dan Ronaldo.

“Saya tak boleh cakap yang saya gembira dengan perbandingan itu. Setiap seorang daripada mereka berada di prestasi terbaik untuk 10 dan 11 tahun. Prestasi mereka stabil.”

“Saya hanya layak dibandingkan dengan mereka jika berjaya melakukan perkara yang sama, mengekalkan prestasi untuk beberapa musim secara konsisten. Mereka pemain yang hebat.”

Mohamed Salah ditanya siapakah idola beliau ketika masih di bangku sekolah? Beliau menjawab beliau meminati ramai pemain hebat ketika masih di bangku sekolah. 3 nama yang paling beliau minat ialah Zinedine Zidane, Ronaldo dan Totti.

Real Madrids Brazilian striker Ronaldo, right, celebrates with Zinezine Zidane of France, center and Michel Salgado after Ronaldo scored against Real Sociadad during a Spanish league soccer match in Madrid Sunday, Dec. 12, 2004. (AP Photo/Paul White)

“Zidane, Ronaldo (Brazil) dan Totti. Mereka adalah pemain yang paling saya suka ketika saya masih di bangku sekolah. Saya sangat suka menonton aksi mereka.”

“Saya rasa bertuah dapat bermain bersama Totti di Roma. Kami ada hubungan yang sangat baik. Jujurnya saya tidak boleh menjawab Pele atau Maradona, kerana saya tidak melihat mereka bermain.”

Mohamed Salah akan bertemu idola beliau pada malam final UCL nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN