Saksikan 10 Gol Sepakan Rabona Terbaik Yang Pernah Dijaringkan

Ramai tahu bagaimana sepakan rabona dilakukan, namun tidak ramai yang mampu menyudahkannya dengan cemerlang. Apatah lagi menghasilkan gol dengan sepakan rabona.

Di sebalik pengetahuan kita untuk menjelaskan bagaimana sepakan unik tersebut diambil, tidak ramai dari kalangan kita yang benar-benar tahu asal usul perkataan ini. Ia sebenarnya adalah satu perkataan daripada dialek Bahasa Sepanyol yang dituturkan di Argentina dan Uruguay.

Asal usul istilah rabona

Ia juga disebut sebagai crossed kick ataupun translasi langsungnya sepakan silang. Istilah Rabona berasal dari perkataan Rabon yang merujuk kepada haiwan yang tidak berekor atau berekor pendek.

Di dalam bola sepak ia pertama kali digunakan dalam majalah sukan El Grafico di Argentina apabila dalam satu perlawanan, Ricardo Infante melakukan gol spektakular dari jarak 32 meter. Gol tersebut dilakukan dengan menyilangkan kaki beliau.

Editor El Grafico mahu peristiwa itu diingati dan meletakkan satu nama untuk menggambarkan kehebatan teknikal dilakukan pemain tesebut. Mereka melabelkan skil Ricardo Infante sebagai rabona.

Selepas itu terpampang liputan mengenai gol tersebut di muka depan akhbar dengan judul ‘El infante que se hizo la rabona’.

El Grafico terus menjelaskan kenapa mereka menggunakan terma RABONA. Ini kerana ianya ibarat satu ekor kecil yang melibas atau mencucuk bola daripada keadaan yang tak dijangka.

Skil rabona kemudiannya semakin lama semakin mendapat perhatian pemain-pemain bola sepak di seluruh dunia dan turut menjadi ikutan.

Berikut adalah antara 10 jaringan tercantik yang pernah dijaringkan melalui gerakan ini.

Carlos Bacca (2016)

Carlos Bacca tidak mempunyai sebab munasabah untuk tiba-tiba melakukan sepakan rabona setelah sebelum itu cemerlang menggelecek penjaga gol.

Namun demikian Bacca tetap mahu menyudahkan gerakan tersebut dengan bergaya apabila menghasilkan rabona untuk membantu AC Milan menewaskan Capri FC sekaligus mara ke separuh akhir Coppa Italia.

Mauricio Cataldo (2003)

Pada awal 2000 an, seorang pemain dikenali sebagai Mauricio Caraldo menjaringkan gol dengan gerakan rabona menakjubkan dari luar kotak penalti menentang Universidad de Chile.

Sama ada ia disengajakan atau tidak, ia tetap satu rabona luar biasa untuk diraikan.

Erik Lamela (2014)

Asteras mungkin bukan sebuah kelab dengan nama-nama besar. Namun ini tidak bermakna anda harus mengambil kredit dari jaringan menarik rabona Erik Lamela.

Ia langsung tidak dijangka oleh penjaga gol yang hanya mampu melutut di hadapan gol. Tetap luar biasa.

Andres Vasquez (2007)

Satu ketika dahulu tidak mudah untuk mendapat liputan bola sepak di negara seperti Sweden. Namun kerana gol ini, bola sepak Sweden ytiba-tiba menonjol seketika.

Sa,a ada Andres Vasques berniat atau tidak menghasilkan gol, ia adalah salah satu rabona jarak jauh yang cantik.

Jonathan Calleri (2015)

Penyudah melalui sepakan rabona adalah pelengkap kepada gerakan menarik Boca Juniors melalui serangan balas.

Calleri kemudiannya beraksi semusim bersama West Ham secara pinjaman pada 2016/17.

Diego Perotti (2016)

Satu lagi pasukan kerdil yang beraksi di Europa League menjadi mangsa sepakan rabona. Namun kredit tetap harus diberi atas usaha menarik Diego Perotti selepas sepakan tersebut mengejutkan raman dan tidak disangka sebelum menewaskan penjaga gol.

Beliau mungkin tidak bermaksud untuk melakukannya. Tetapi ia cukup untuk menempatkan diri  di dalam senarai ini.

Erik Lamela (2021)

Satu gol rabona tidak cukup untuk Lamela. Maka beliau melakukannya sekali lagi. Kali ini beliau memilih derbi London sebagai pentas menampilka skil yang mengejutkan rakan sepasukan Sergio Reguilon yang amat kagum dengan jaringan tersebut.

https://twitter.com/BanterFC5/status/1371145606639521796

Malangnya jaringan tersebut tidak membantu Tottenham untuk menang.

Angel di Maria (2009)

Jaringan menarik oleh Angel di Maria ini dihasilkan sebelum beliau menyertai Real Madrid dan ketika masih menyarung jersi Benfica.

Bermula dengan satu serangan balas pantas, Di Maria yang melarikan bola sempat melakukan satu nutmeg sebelum menghasilkan rabona yang mematikan langkah penjaga gol lawan.

Matias Urbano (2011)

Bola sepak Chile sekali lagi berada di dalam senarai ini melalui jaringan cantik dan luar biasa ini.

Tanpa memerlukan sentuhan untuk menahan hantaran lintang, beliau dengan tenang terus melakukan sepakan rabona untuk menghasilkan gol ini.

Sean Geddis (2014)

Berada di dalam senarai terakhir datangnya dari divisyen bawahan Liga Inggeris. Gol tersebut dijaringkan oleh Sean Geddis ketika beraksi besama Worcester City.

Kemas menyambut satu hantaran jauh dari rakan sepasukan, Geddis sempat mengelirukan seorang pemain pertahanan lawan sebelum menghasilkan rabona yang di luar capaian penjaga gol lawan.

Penutup

Jaringan rabona mana satu paling menarik pada pendapat anda? Nyatakan padangan anda melalui komen melalui platform yang kami sediakan. Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.

 

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai rabona melalui pautan di bawah:

Yashir Pinto Anggap Jaringan Rabona Menentang Kedah Sebagai Istimewa

Video: Gol Rabona Cantik Daripada Pemain Divisyen 4 Norway

Rabona, Ancaman Bahaya Dalam Darjah Kesukaran Tinggi

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN