Saha: Marcus Rashford Penyerang Bagus Tapi Belum Bertaraf Dunia

Rashford

Marcus Rashford dianggap antara pemain utama yang menjadi tunjang kepada pasukan Manchester United.

Mengetuai jentera barisan hadapan bersama-sama rakan sepasukan seperti Anthony Martial dan Edinson Cavani, sudah pastinya beliau diharapakan untuk menjaringkan gol yang banyak.

Walaupun beliau kelihatan sebagai antara penyerang handalan di luar sana, namun Rashford dianggap belum lagi ditahap berkelas dunia lagi.

Bagi bekas pemain United sendiri, Louis Saha, beliau berasakan bintang kelab itu belum lagi mencapai tahap tersebut.

Pada hematnya, Rashford merupakan seorang pemain hadapan (forward) yang baik tetapi bukanlah penyerang (striker) yang berkelas dunia.

“Tidak ramai pemain di United yang boleh beraksi hebat sama seperti skuad kebangsaan. Pada saya, Rashford bukanlah pemain yang berkelas dunia sebagai penyerang.”

“Rashford boleh lakukan apa saja. Beliau boleh bertahan bila diperlukan, mencipta serangan, menjaringkan gol dari sepakan percuma.”

“Penyerang ini adalah satu kelas yang berlainan. Penyerang adalah seseorang yang begitu mahukan ia dan anda boleh nampak dari riak wajahnya bila mereka jaringkan gol setiap masa. Mereka akan maksimakan posisi mereka untuk jaringkan gol,” kata Saha menerusi Goal.

Pada Saha, Rashford belum cukup ‘lapar’ lagi di hadapan gol dan kerana itulah membuatkan pemain itu tidak setajam penyerang lain dan tidak menjadi yang terbaik di dunia.

Saha merupakan penyerang United dari 2004 hingga 2008.

Baca juga artikel kami mengenai Marcus Rashford:

‘Setia Hujung Nyawa’ – Rashford Mahu Jadi Pemain Satu Kelab Buat United

Terlepas Peluang Hatrik, Bruno Fernandes Jelaskan Kenapa Bagi Rashford Ambil Penalti

‘Hidupkan Impian Mereka’ – Rashford Mahu Kanak-Kanak Miskin Membaca Dengan Tubuhkan Kelab Buku

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply