Saha: Manchester United Perlukan Empat Orang Lagi Bruno Fernandes

Bruno Fernandes

Bekas penyerang Manchester United, Louis Saha menegaskan bahawa kelab tersebut perlu memiliki empat pemain dengan mentaliti seperti Bruno Fernandes sekiranya mengidamkan untuk menjulang kejuaraan ‘besar’ buat The Red Devils.

Ole Gunnar Solskjaer sudah membelanjakan kira-kira £200 juta untuk menguatkan skuad bimbingannya dengan membawa masuk pemain-pemain seperti Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka, Bruno Fernandes dan Donny van de Beek.

Bagaimanapun, ia masih belum mampu menjelmakan sesuatu yang positif apabila United pada ketika ini terperosok di tangga ke-14 selepas hanya mampu mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan, satu keputusan seri dan tiga kekalahan.

Sehubungan dengan itu, Saha melihat aspek mentaliti para pemain menjadi masalah utama buat pasukan juara 13 kali Liga Perdana Inggeris itu.

”Fokusnya adalah kepada Ole Gunnar Solskjaer,” ujar Saha menurut laporan yang dikeluarkan oleh Goal.

”Tetapi anda perlu juga untuk melihat kepada rekrut pemain pasukan ini. Beberapa pemain baharu seperti Fred [pembelian £47 juta], anda boleh melihat kualitinya tetapi dia tidak mampu untuk melakukan perbezaan ketara.”

”Pembelian Fernandes, anda memerlukan empat lagi pemain sepertinya. Anda perlukan empat pemain yang mampu untuk bersaing dan itulah perkara yang [Manchester United] tiada.”

”Saya inginkan pemain yang ada keinginan untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan memenangi piala ‘besar’. Itulah ciri-ciri pemain yang diperlukan di sini

”Anda perlu arif tentang mentaliti seseorang pemain baharu itu,” tambah Saha lagi.

Fernandes bertindak cemerlang pada aksi bertemu Everton dalam saingan liga apabila beliau meledakkan dua jaringan serta mencipta bantuan terhadap jaringan sulung dihasilkan oleh Edinson Cavani pada lewat permainan.

Kredit featured image: Clive Brunskill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Fernandes:

Bruno Fernandes: Terlalu Awal Nak Bandingkan Saya Dengan Cantona

Bruno Fernandes Jawab Sindiran Mourinho Tentang Sepakan Penalti

Berbatov: Bruno Fernandes Pemain Yang Sangat Penting Buat United

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply