Louis Saha: Cristiano Ronaldo Pemain ‘Genius’ Sejak Berusia 18 Tahun

Cristiano Ronaldo

Bekas penyerang Manchester United, Louis Saha menyifatkan bintang terkenal dunia, Cristiano Ronaldo adalah seorang pemain yang ‘genius’ walaupun baru berusia 18 tahun ketika di Old Trafford.

Ronaldo menyertai Manchester United pada musim 2003/04 dengan yuran perpindahan bernilai £12.24 juta dan pada ketika itu beliau dilabel sebagai antara pemain muda yang bakal menyerlah di persada bola sepak antarabangsa.

Hakikat itu juga turut dipersetujui oleh bekas rakan sepasukannya, Saha yang pernah bergandingan bersamanya selama lima musim yang melihat Ronaldo mempunyai potensi besar untuk menggegarkan dunia bola sepak.

”Dia sentiasa menunjukkan peningkatan prestasi tetapi saya boleh katakan bahawa dia tidak pernah berubah [sebagai seorang manusia].”

”Sepanjang kariernyer, anda akan melihat dedikasinya adalah sama seperti ketika dia berusia 18 tahun, mungkin ketika itu dia kekurangan keyakinan disebabkan pemain sering mencabarnya dan dia telah membuktikan dia adalah pemain yang paling terbaik,” ujar Saha menurut laporan Goal.

Embed from Getty Images

”Tetapi untuk mempunyai tahap keyakinan seperti itu untuk berlatih, untuk bekerja keras dan untuk kekal konsisten, tidak menghiraukan kata orang lain, ia adalah satu keupayaan yang mengagumkan.”

”Ia sangat baik berbanding mempunyai bakat semulajadi kerana dia mampu untuk menganalisis dan pada usia yang muda, dia meningkat dan mengekalkan kualiti tersebut. Bagi saya, dia adalah genius.”

”Anda tanyalah kepada sesiapapun, bekerja keras apabila anda mempunyai bakat yang terhad, bukan semua orang mampu melakukannya. Anda boleh selesa atau gembira dengan tahap anda dan merasakan ia sudah cukup. Tetapi baginya, dia mahukan lebih lagi.”

”Untuk mempunyai visi bagi menjadi lebih baik, apabila anda berada di United, pada usianya, ia sangat sukar. Dia mampu membuktikannya dan sebab itulah saya sangat mengaguminya,” ujar Saha lagi.

Selepas 19 tahun beraksi sebagai pemain profesional, Ronaldo telah menikmati kemahsyuran sebagai antara pemain bola sepak terbaik di dunia.

Antara kejayaan manis yang dicapai dalam kariernya adalah muncul pemenang lima kali Ballon d’Or, menjulang Liga Juara-Juara Eropah sebanyak empat kali bersama Real Madrid dan membantu Portugal menjuarai Kejohanan Eropah 2016 serta UEFA Nations League 2018/19.

Kredit featured image: John Peters/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Cristiano Ronaldo:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply