Safuwan Tak Mahu ‘Sembang Kencang’

Pemain pertahanan Selangor, Safuwan Baharuddin mengatakan beliau kini hanya menfokuskan untuk beri yang terbaik buat pasukannya berbanding ‘sembang kencang’ mengenai sasaran dan kejuaraan.

Menurut laman The Star Online, Safuwan hanya ingin fokuskan sepenuh dirinya kepada persembahan di atas padang dan berikan 100% dalam setiap perlawanan.

Tambah Safuwan lagi, walaupun pasukan tidak beraksi dengan baik tetapi beliau akan pastikan dirinya sentiasa di tahap tertinggi pada setiap perlawanan.

“Saya selalu ke padang tanpa sebarang jangkaan. Apabila terdapat jangkaan tinggi diberikan kepada diri sendiri dan pasukan, anda cenderung untuk kecewa selepas itu.”

“Saya mengambil kira setiap perlawanan. Macam mana sekali pun, saya perlu berikan 100% walaupun pasukan tidak beraksi dengan baik, kita tetap perlu bangkit.”

Kehadiran Safuwan dianggap sebagai salah satu perpindahan berprofil tinggi buat Selangor pada musim 2020 apabila pemain tersebut jelas merupakan aset penting bagi bekas pasukannya iaitu Pahang.

Pemain verstail ini boleh bermain di beberapa posisi seperti pertahanan, tengah dan juga penyerang.

Safuwan telah mencatatkan 98 penampilan bersama-sama skuad kebangsaan Singapura.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN