Safiq Rahim Optimis Cabaran Melaka Selepas Selesai Isu Gaji

Pemain tengah pasukan Melaka Safiq Rahim yakin Melaka United mampu menghasilkan cabaran positif di saingan Liga Super 2020 selepas Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) berjaya melangsaikan tunggakan gaji pemain baru-baru ini.

Bercakap kepada Bernama, Safiq berkata perkara tersebut telah memberi motivasi kepada setiap pemain untuk terus mempercaiki pencapaian yang diraih pada musim lalu.

“Sebelum bermulanya saingan liga, kita (pasukan) mahukan elemen positif itu dirasai semua pihak, dari pemain hingga ke barisan pengurusan,” kata beliau kepada pemberita.

Shukor Adan

“Dengan adanya pengurusan pasukan baharu dan usaha telah dibuat, kita akan cuba lakukan sesuatu tahun ini dan berikan yang terbaik.

“Saya harap semua pemain, pengurusan dan keluarga besar Melaka, dapat bekerjasama menaikkan nama Melaka musim ini dan seterusnya di masa hadapan.”

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini, Melaka United adalah salah sebuah pasukan yang terselamat daripada menerima hukuman dari badan induk bola sepak negara itu selepas berjaya melangsaikan masalah tunggakan gaji pemain.

"Sepanjang 8 hari berada di Bandung, Indonesia bagi 3 aksi Persahabatan Pramusim 2020 di sana, beberapa aspek telah…

Posted by Melaka United Soccer Association – MUSA on Tuesday, 4 February 2020

Selain Melaka United, Kelantan FA turut terlepas daripada hukuman FAM. Manakala PDRM FA pula didenda potongan tiga mata, dan diberikan tempoh empat minggu untuk tampil dengan pelan pembayaran tunggakan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Safiq turut gembira dengan persiapan skuad Melaka United yang menjalani latihan pra musim di Bandung, Indonesia.

“Ia (pra-musim) sedikit sebanyak memberi kesan yang baik dalam usaha pasukan mencari keserasian antara barisan pemain, dan kita juga dapat kenal pasti ruang yang boleh diperbaiki,” jelasnya.

Pada musim lalu, Melaka United kendalian Zainal Abidin Hassan menamatkan saingan Liga Super di kedudukan keenam, terkandas seawal pusingan kedua dPiala FA, dan mara ke suku akhir Piala Malaysia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram