Safiq Rahim Tidak Mahu Berputih Mata Lengkapkan Koleksi Kejuaraan Piala Malaysia

Safiq Rahim tidak mahu berputih mata untuk melengkapkan kejayaan peribadi dan mencipata sejarah untuk JDT. Itu adalah mesej jelas daripada kapten kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim tersebut.

Sebentar tadi berlangsung sidang media sempena perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam.

Hadir ke sidang media pertama berkenaan ialah kapten pasukan, Safiq Rahim beserta ketua jurulatih JDT, Ulisses Morais.

Bercakap kepada wartawan, Morais mengesahkan skuad JDT bebas daripada sebarang isu kecederaan dan semua pemain bersedia untuk diturunkan.

Kredit: FMLLP, Facebook

Menjawab soalan wartawan Morais berkata:

“Ini adalah perlawanan akhir. Tidak ada isu berkaitan pemain, dan kami boleh menurunkan kesebelasan terbaik kami dalam perlawanan esok.”

“Ia adalah perlawanan terakhir JDT pada musim ini. Ia juga adalah perlawanan akhir Piala Malaysia. Kami bekerja keras untuk sampai ke tahap ini. Sudah tentu kami mahu pulang dengan kemenangan,” ujar Morais.

Morais turut berpendapat Kedah adalah pasukan yang bagus kerana turut berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Ketika ditanya perbandingan dengan pertemuan sebelum ini di dalam perlawanan liga sebelum ini, Morais menyifatkan perlawanan akhir esok adalah perlawanan dan pentas yang berbeza.

Walaupun menyedari esok adalah perlawanan yang sukar buat JDT, Morais turut mengharapkan kedua-dua pasukan akan menampilkan corak permainan bola sepak yang bagus dan menghiburkan.

Kredit: FMLLP, Facebook

Bagi kapten pasukan JDT, Safiq Rahim perlawanan akhir Piala Malaysia esok adalah peluang bagi beliau melengkapkan koleksi medal dan trofi yang tidak pernah dimenanginya.

Oleh itu, beliau bertekad untuk menamatkan badi perlawanan akhir tersebut, bagi membenarkan beliau menjulang Piala Malaysia buat kali pertama.

Kapten JDT itu turut menyifatkan peranan beliau sebagai kapten ketika bersama skuad kebangsaan atau di peringkat kelab adalah sama. Satu-satunya kelainan adalah pentas perlawanan.

“Esok adalah perlawanan penting. Setiap pemain dari kedua-dua pasukan pasti sudah bersedia untuk memberikan yang  terbaik.”

“Biarlah perlawanan akhir esok akan menjadi perlawanan akhir yang akan dikenang oleh peminat bola sepak kedua-dua pasukan selepas ini,” ujarnya.

“Kali ini saya berharap nasib menyebelahi JDT. Semua pemain mahukan kemenangan. Sudah pasti saya mahukan kemenangan sebagai kejayaan peribadi serta mencipta sejarah untuk JDT.

Kredit: FMLLP, Facebook

Ditanya mengenai pertembungannya dengan Liridon Krasniqi di bahagian tengah, ini jawapan Safiq:

“Semua pemain Kedah perlu diawasi. Semua pemain Kedah mempunyai kelebihan masing-masing. Sebagai sebuah pasukan, pemain tidak boleh memberikan sebarang ruang kepada mana-mana pemain Kedah.”

“Saya harap semua pemain akan memberikan yang terbaik esok. Tanpa mengira perlawanan akan ditentukan dalam tempoh 90 minit, masa tambahan, atau pun melalui penentuan sepakan penalti, saya harap tuah akan memihak kepada JDT.”

“Apa yang penting, setiap pemain memberikan 100% dan memainkan peranan masing-masing ketika perlawanan.”

Ini adalah perlawanan akhir kedua dalam pertandingan Piala Malaysia buat skuad Harimau Selatan setelah revolusi bola sepak Johor pada 2013.

Sebelum ini, JDT turut beraksi dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim 2014, namun tewas kepada Pahang melalui penentuan sepakan penalti setelah perlawanan terikat 2-2 selepas tempoh 120 minit perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN