RASMI: Safee Sali Tinggalkan Perlis Untuk Sertai Sebuah Pasukan Lembah Klang

Perlis

Harian Metro melaporkan – penyerang dan juga kapten Perlis – Safee Sali sah meninggalkan pasukan itu. Sebelum ini Safee Sali menjadi nama penting dalam revolusi Perlis Northern Lions. Namun segalanya serba tak kena selepas pasukan itu menghadapi masalah kewangan.

Bulan lalu, Safee Sali memberikan tempoh kepada Perlis untuk melangsaikan tunggakan gaji yang masih belum beliau terima sejak bulan pertama lagi.

Safee Sali juga memberitahu Harian Metro bahawa beliau sudah ada pasukan baharu – yang berpangkalan di Lembah Klang. Safee Sali mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Perlis – terutama sekali rakan-rakan dan jurulatihnya ketika sesi latihan di Universiti Malaya (UM) hari ini.

Safee enggan mendedahkan terlebih dahulu pasukan baharu beliau. Dan keputusan meninggalkan Perlis itu diambil selepas berbincang dengan ahli keluarganya. Beliau juga berharap peminat Perlis faham akan tindakan nekad beliau – kerana ianya demi masa depan.

Safee Sali masih lagi laku. Hal itu disahkan sendiri oleh beliau. Safee berkata: “Antara pasukan yang mahukan beliau adalah Selangor, PJ City, Kelantan dan UiTM.”

Namun beliau tidak mahu menerima tawaran daripada kelab lain sebelum kontrak dengan Perlis ditamatkan – ini kerana Safee Sali mahu kekal profesional dan menghormati kontrak bersama Perlis.

Semalam jurulatih skuad B-17 Perlis – Akhmal Rizal mengesahkan perletakan jawatan beliau kerana tidak mendapat gaji beliau yang sudah lama tertunggak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN