Safee Sali: Laporkan Kepada PFAM Jika Majikan ‘Sekat’ Gaji Ketika Liga Tertangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
safee-sali-perlis-gaji-2019

Selepas Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B. Satiananthan bersuara mengenai isu pemotongan gaji yang diutarakan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), kini giliran Safee Sali pula tampil menyuarakan pandangan.

Safee Sali yang juga merupakan Presiden Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) tidak bersetuju dengan cadangan KAFA tersebut dan mengharapkan mana-mana pasukan agar tidak mengambil kesempatan.

Ini kerana, menurutnya, bukanlah kehendak pemain untuk tidak bermain tetapi ini merupakan arahan kerajaan yang perlu dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak.

“Kerajaan telah menetapkan tempoh dua minggu untuk Perintah Kawalan Pergerakan, jadi kita perlulah bersabar,” tegas Safee Sali yang dipetik daripada The Star.

“Saya tidak rasa semua pemain mahu aksi liga ditangguhkan sebegini dan kita tidak bermain ketika ini kerana mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Kita perlu hormati arahan kerajaan ini kerana kita sedang cuba menangani penularan wabak tersebut dan diharapkan tiada pihak yang mengambil kesempatan atas situasi tersebut,” tambahnya Safee Sali lagi yang merupakan pemain PJ City FC.

Safee Sali juga mengharapkan majikan tidak melaksanakan makenisme pemotongan gaji tersebut kerana ianya tidak terkandung dalam kontrak yang telah ditandatangani para pemain dan sangatlah tidak wajar untuk majikan berbuat demikian.

Bekas penyerang skuad kebangsaan itu turut menjelaskan yang Pertubuhan Pemain-Pemain Profesional Antarabangsa (FIFAPro) telah menggariskan yang tiada pemotongan gaji perlu dibuat oleh mana-mana pasukan jika liga ditangguhkan.

“Sangat tidak wajar bagi sesebuah pasukan untuk hanya bergantung kepada jumlah kutipan tiket untuk pembayaran gaji pemain. Jangan jadikan pemain mangsa kepada situasi sebegini,” tegas Safee Sali lagi berkaitan kenyataan KAFA tersebut.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman ketika ditemubual Berita Harian yang menjelaskan pihaknya terpaksa mengambil pendekatan itu bagi mengelak kewangan persatuan itu terus sesak.

Beliau turut menjelaskan ketiadaan perlawanan yang berlangsung sepanjang penangguhan perlawanan telah menyebabkan tiada hasil kutipan tiket yang dapat dikutip yang mana ianya digunakan untuk pembayaran gaji pemain.

“Jika berlaku perkara sebegini, saya minta agar pemain yang terbabit untuk laporkan kepada PFAM. Kita akan perjuangan hak para pemain,” ujarnya lagi.

KREDIT FEATURED IMAGE: STADIUM ASTRO

Baca juga artikel kami yang lain mengenai gaji pemain: