Safawi Rasid vs Korea Selatan, Ini Laporan Prestasi Dari Kami

Safawi Rasid terus menjadi tunjang utama serangan Malaysia dalam perlawanan menentang Korea Selatan seperti 3 perlawanan sebelum ini,

Posisi

Safawi dimainkan dalam peranan penyerang kedua dengan lebih berada di tengah dan half-space. Beza dengan Akhyar Rashid yang lebih di bahagian sisi.

Aspek sumbangan hantaran (distribution)

Safawi Rasid melakukan 21 hantaran dalam perlawanan ini. 16 daripadanya adalah berjaya ataupun ratio hantaran tepat beliau adalah 76.1%. Angka yang boleh dikatakan baik untuk perlawanan menentang Korea Selatan.

Beliau juga melakukan 2 hantaran kunci dalam perlawanan ini dengan satu daripadanya menghasilkan bantuan gol kepada N.Thanabalan.

Pengaruh di dalam perlawanan

Pemain ini adalah pemain Malaysia yang paling berpengaruh di padang. Beliau memberikan kekacauan di kawasan pertahanan Korea Selatan.

Aspek ini sangat penting untuk dimiliki oleh mana-mana pasukan. Pemain yang berpengaruh di dalam padang.

Beliau secara tak langsung menaikkan semangat dan keyakinan rakan-rakan yang lain dengan komitmen beliau.

Kualiti serangan

Beliau melakukan 4 percubaan gol dalam perlawanan ini dan 3 daripadanya adalah percubaan tepat. 2 percubaan bahaya.

Jadi secara tak langsung beliau menyumbangkan 80% daripada keseluruhan percubaan gol oleh Malaysia dalam perlawanan ini.

Kawasan dominan

Beliau lebih dominan di sebelah kanan. Ideanya untuk membolehkan beliau lebih banyak peluang untuk melakukan cut inside dan percubaan gol.

Pemain ini berada di merata kawasan di padang. Sangat tinggi mobiliti yang ada pada beliau. Jika Malaysia menang tadi, beliau adalah pemain terbaik perlawanan ini.

Penilaian

Ini adalah antara aksi terbaik Safawi Rasid dalam kempen kali ini. Namun boleh dikatakan sepanjang kempen ini beliau berjaya menarik perhatian dalam setiap perlawanan.

Beliau adalah pemain Malaysia pertama menjaringkan gol dalam kejohana ini. Sesuatu yang tidak boleh dirampas daripada beliau.

Kami berharap musim 2018 akan lebih cemerlang untuk Safawi sama ada di kelab ataupun negara. Beliau sudah bersedia untuk menjadi pemain utama skuad kebangsaan senior. Itu sudah pasti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN